Ya Allah..lancarkan segalanya bagi aku..tuturku..tindakan aku..tulisan aku..semuanya aku simpulkan di sini..melihat segala ujian dan dugaan..aku redha dengannya..sebaliknya..melihat segala peluang..ruang..masa..rezeki..nikmat..anugerah dan sebagainya..aku malu kerana masih lagi meminta dan terus meminta..tanpa jemu..berbanding sekelumit usaha aku..dengan segala ganjaran yang Engkau sediakan seawal dari aku terjaga dari tidur..Ya Allah pandulah hati aku...
melihat realiti semasa..setelah menilai segalanya..aku perlu bangun..bertukar angin dengan keselesaan yang ada..hidayah Allah kadang datang bak udara yang aku sedut..kadang bagai tali yang jatuh dari langit..ada masa bagai surat tawaran masuk universiti..begitulah gembiranya hati ini bila cahaya dari Allah datang menyuluh..terima kasih Allah..
datang menyapa kepala ini..semua jenis perancangan yang langsung aku tak pernah nampak..Allah bukakan seluas-luasnya mata hati supaya memandang jauh ke depan..semoga aku terus ke depan..sejarah itu hanya ruang peribadi yang menjadi tauladan..sedang masa depan masih kertas putih yang belum bertulis...ada ruang untuk melakar sesuatu yang baru..
.
time to move forward..and take necessary action!...
sempena dengan kehadiran matlamat baru..semoga apa yang dirancang..akan menjadi suatu titik tolak pada perubahan yang akan hadir..terima kasih kepada individu yang sangat membantu..memberi nasihat..inspirasi..malah terus menyokong dan mendorong tanpa jemu..semangat aku acap kali luntur bila bertemu mehnah..mereka-mereka inilah yang rapat..sedia hadir waktu susah dan senang..
ibunda dan ayahanda di kampung..walau jauh di mata..tetap bertakhta di hati..terima kasih atas doa dan harapan untuk anak ini mencuba yang terbaik dalam hidup dengan saki baki hidup yang ada..doa anakanda sentiasa anakanda panjatkan...
bonda dan ayah mertua..terus dengan sokongan padu..alhamdulillah beroleh insan seperti mereka yang menyokong dengan penuh hati segala usaha aku..
isteri tersayang..hadir sebagai permaisuri hati yang tidak jemu melayan segala kerenah suami..terima kasih tidak terhingga dengan segala sokongan yang diberi..tanpamu disisi..segalanya belum pasti..Nur Aleesya Zafeerah..anak abah yang paling abah rindui..semoga apa yang dinukil..bakal menjadi panduan di masa kamu..akhir zaman ini..menjadi medan abah dan mama berjuang membesarkan kamu..inilah harta berupa ilmu dan panduan yang mampu abah tinggalkan suatu masa nanti..coretan hidup..perjuangan kami segalanya dinukil dengan nilai positif..semoga bermanfaat suatu masa nanti..in sha Allah membesar bersama adik-adik suatu hari nanti..kita akan kongsi segala cerita abah di sini..
pada insan-insan lain..ruang ini terlalu kecil untuk aku ceritakan betapa besar kebaikan kalian semua..
jom kita ubah..semoga beroleh keberkatan untuk setiap kebaikan usaha yang kita tanamkan..
seperti status fb aku hari ni..
"..Done!..no more sleeping in my dreams..i wanna live my dreams.."
2 comments:
Mehnah untuk shauqi berada di tahap sekarang. Semua yg blaku beserta hikmah. dgn hikmah kita usaha lagi lagi dan lagi sampaiiiila... berjaya. All the best Bro :)
terima kasih sangat3..nisa juga tersenarai dalam hist yg sangat3 hati ni berterima kasih....
banggga punya teman..kawan sahabat yg sentiasa positif dengan diri sendiri...
semoga semua org yg kita sayang..mencapai hajat dan impian mereka..
aminnnn...
Post a Comment