Monday, March 25, 2013

two is better than one..



alhamdulillah...

bersyukur padamu ya Allah..atas segala peluang dan ruang yang masih Engkau hadirkan..bukan mudah untuk bertemu ruang..teringat kata saidina Ali..masa itu ibarat pedang yang tajam..kalau kita tidak mencantas masa untuk mencari ruang peribadi..berikhtiar..bertahajjud..bertafakkur mencari Allah..pastinya masa-masa itu yang mencantas hidup kita dengan aktiviti yang laqa..atau kesibukan dunia yang melampau...

Allah Maha Adil..diberikan kita peluang untuk sedar seketika..itulah namanya hidayah...kemudian diberikan kita matlamat dan azam..itulah taufiq..jadi janganlah kita longgarkan tali Allah..peluang itu ibarat jarum dalam jerami..carilah masa untuk diri sendiri..baru lah masa memberi ruang untuk kita mencari diri..

baiklah!..muqaddimah dah dibuka..mata dan hati...harapnya lebih terbuka!

cerita semalam..STS di Marriot Putrajaya..itulah yang membuka seribu satu pintu hati ini untuk lebih mencari diri..peluangnya sebulan sekali sudah ada mengikut jadual bulanan..tapi ilmu dan perkongsiannya..bukan setiap bulan akan sama..pasti ada yang baru..dan yang baru itu sentiasa dinantikan..alhamdulillah aku hadir..dengan minda yang kosong..aku duduk sebagai seorang yang jahil..itu lebih baik dari datang dengan ego..



dipendekkan ceritanya...

pulang ke rumah..mesti ada sesuatu yang perlu dilangsaikan dahulu..usai solat isya'..beramah dan bercerita dengan ahli keluarga..lewat malam..masa untuk luahan hati dan perkongsian bersama isteri..

itulah detik paling bermakna bagi suami isteri..berkongsi soal hidup..bercerita soal impian bersama..segala resah dan gembira semuanya diluah untuk memastikan hala tuju hidup..jelas dan teguh..sedih juga tidak dapat bersama isteri di STS tu..tapi masih boleh berkongsi segala rasa yang ada dengannya...begitulah bila berdua...berdua itu lebih baik dari satu..

terima kasih Allah kerana peluang dan ruang masa untuk kami berbincang..berkongsi ilmu seharian di STS..membuka lembaran baru untuk kami usahakan sesuatu yang terbaik untuk masa depan keluarga kami..kesihatan sudah Engkau berikan..berikan pula kami kekuatan untuk kekal di jalan yang telah kami pilih..jalan orang-orang yang berjaya..jalan lurus insan-insan dijanjikan syurga..para rasul..para nabi..sahabat dan tabi'in..semoga kami kekal di landasan mereka..


Herbalife memberi peluang kepada kami suami isteri satu peluang untuk bekerjasama..merancang..membuat koreksi..bedah siasat..mencari peluang-peluang yang baru bersama..mencorak masa depan kami sendiri..dan untuk peluang perniagaan..semestinya pasaran yang lebih besar bila dua buah keluarga bersatu..dua kumpulan sahabat dan saudara bersatu..bila kembali kepada angka..cuma statistik yang menerima dan menolak (reject)..

Herbalife memberikan peluang berdua itu lebih baik..bila suami isteri berkongsi ID yang sama..diberi penghargaan (recognition) bersama..peluang cuti bersama..jadi segalanya bersama..sudahlah menggunakan produk kesihatan yang sihat..alhamdulillah diberikan kesihatan keluarga yang sihat dari segi kasih sayang..cinta..usaha..kerjasama..kesihatan..matlamat dan impian yang sihat..



semakin jelas dengan perspektif baru..semoga segalanya tabah kami usahakan..terima kasih tidak terhingga pada mereka yang terus menyokong dan tidak putus memberikan galakan untuk kami berdua maju ke depan..

yaaa..dugaan itu perkara biasa..aku terima dengan redha..bukan mudah bila sebelah kaki sudah dibenam dalam lumpur ujian dan dugaan..tapi bila ada tangan yang hulur membantu menarik kita keluar dari kesusahan..itulah kenikmatan bila berkumpulan..jangan pernah rasa kita berseorangan di dunia ini..pasti ada teman..

berdua itu lebih baik dari seorang...

No comments: