alhamdulillah..
masih diberi peluang dan ruang oleh Allah untuk berkongsi ilmu dah pengalaman di ruang peribadi..walaupun di depan mata setiap hari..kalau Allah tidak gerakkan hati dan tangan ni menaip..ruang ni kekal kosong juga..maka terima kasih Allah atas ilham ilmu dan perkongsian yang Engkau datangkan..
teringat aku kata-kata ustaz Zahazan..berkongsilah status..komen..blog dan sebagainya kerana Allah..bukan kerana manusia..maka..begitulah niat aku hari ini..semoga Allah memelihara niat aku agar terlindung dari nafsu dan bisikan jin dan manusia..
seminggu berlalu..tanpa sebarang perkongsian..sedikit ralat rasanya bila setiap hari begitu kuat perasaan ingin berkongsi..bercerita..berceloteh..macam-macam yang nak aku sampaikan..kongsikan..semuanya tentang kebaikan..tentang mengubah diri..mengubah masa depan..tapi bercerita apa yang ada di hati..tak mampu nak hadirkan rasa semangat dan gembira seperti sang penulis..semoga apa yang aku kongsikan..dapat menyelami sesetengah hati..semoga bermanfaat hendaknya..
rabu yang lepas..ketika berkongsi masa menonton rancangan kegemaran mak mertua..apa lagi kalau bukan program Reset Minda bersama Dr. Muhaya..sempat aku catitkan beberapa nota penting buat aku ke dalam telefon aku..kejap yer..aku cuba kongsikan..
katanya:
"..Bila Allah beri sakit..Allah ambil 3 benda ni..kesihatan..rezeki..dan dosa..bila dah sihat..Allah kembalikan kesihatan dan rezeki..kecuali dosa.."
apa mafhum disebalik apa yang cuba dikongsikan Dr. Muhaya..mudahnya..waktu kita sakit..Allah menguji kita dengan nikmat kesihatan dan rezeki..kifarahkan dosa..terampun dosa kita dengan ujian yang Allah datangkan..tahan atau tidak sahaja menentukan kekuatan iman kita..bila sembuh..Allah kembalikan nikmat kita..dengan kesihatan Allah berikan kita kekuatan mencari sumber rezeki..sihat tubuh badan supaya kita syukur kembali beribadah dengan sempurna mungkin kepadanya..lalu diberikan pahala..hilanglah dosanya..
baiklah..antara intisari yang Dr. Muhaya tekankan dalam episod malam tu..berkaitan soal motivasi dan inspirasi..
haaaa..inilah yang menariknya..aku sukakan motivasi..tapi kadangkala kita perlukan inspirasi..apa beza motivasi dengan inspirasi..jom kongsikan..kalau kita motivasi atau termotivasi..mesti kita bersungguh-sungguh nak buatkan..sebabnya..motivasi ni adalah apa yang memacukan kita untuk berusaha kepada sesuatu..bila Allah kata solat awal waktu..pahalanya sekian-sekian..kita pun nak solat awal waktu..bila tau pulak Allah kata..solat di masjid pahalanya sekian-sekian..maka kita pun nak solat berjemaah di masjid..dengan itu dah dapat dua pahala serentak..awal waktu dan berjemaah di masjid..mudah fahamkan..tapi yang menjadikan kita terus kekal dengan motivasi..ialah bila kita jadikan aktiviti kita tu satu rutin atau habit..(kata omputih)..bila dah jadi biasa dengan solat awal..solat di masjid..dah perlukan motivasi..perlukan disiplin dan komitmen...
inspirasi ini adalah satu sumber dan daya momentum yang melonjakkan semangat kita...(sorry tak ikut mkasud bahasa dan istilah ya..ikut fahaman definisi sendiri aje nih..)..bila mendapat daya inspirasi dari individu..kata-kata..perbuatan dan pandangan.kita menjadi teruja untuk berubah dan mencontohi apa yang tergambar dalam daya momentum kita..(tinggi jugak bahasa aku kali ni)..mudah bicara..bila kita dapat tau satu ilmu baru..kita jadi semangat nak buat..katalah sebagai contoh inspirasi dengan cara hidup Rasulullah..yang tawaddu' dan sentiasa menghambakan diri kepada Allah dalam apa cara sekalipun..menyebabkan kita rasa nak ikut cara hidup nabi..mengikut sunnah nabi..rasa nak sangat-sangat jadi macam nabi..sehabis baik paling tidak mencapau 1% kemampuan ibadah dan cara hidup nabi..itu dah cukup memberi inspirasi pada diri kita dan orang lain..harapnya faham!..huhu...
baiklah...bila aku tengok tv dengan keluarga malam tu..rasa sangat-sangat beruntung sebab aku dihadirkan insan-insan yang cintakan ilmu..emak dan ayah mertua aku..sangat mirip dengan mak dan ayah aku di kampung..merekalah yang memberi motivasi dalaman supaya aku terus kekalkan momentum apa jua yang aku buat sekarang..
inspirasi aku adalah apa yang aku cuba buat setiap hari..dari pagi sampai ke tidur semula..semuanya daripada Allah..semoga aku kembali ke jalan Allah..mencari kembali sisa hidup aku ni..untuk menjadi yang terbaik sebagaimana diajarkan Rasulullah..mengutip baki-baki ilmu agama yang tinggal di akhir zaman ni cukup mudah..
petik butang televisyen..berlambak rancangan agama..tekan butang keyboard..macam-macam ilmu agama ada dalam internet..cuma bagaimana kita nak memanfaatkan akhir zaman..ingatlah diri sendiri..bahawa zaman nabi dulu..semua teknologi ini..tak ada didepan mata..hanya kuasa minda semata digunakan untuk menghafaz al-quran dan hadith..dengan hati yang suci..ilmu agama turun kepada para sahabat yang setia memelihara ilmu agama..dan dari mereka turun kepada kita dalam pelbagai saluran ilmu dengan pelbagai bentuk cd..dvd..facebook..blog..video..instagram.. dan sebagainya..dengan hand phone pun dah boleh baca quran..dengan iphone pun dah boleh layan ustaz azhar dalam you tube..jadi apa alasan kita lagi sebagai umat akhir zaman..untuk memanjangkan dakwah dan berubah kepada yang lebih baik..
nikmat kesihatan..peliharalah ia..ia akan diambil..ia akan dikembalikan Allah..yang penting..sebagai tuan badan..peliharalah sebaik mungkin..pada yang gunakan Herbalife..teruskan dengan amalan penjagaan dengan disiplin dan komitmen..hasil dan keputusan bukan dan sehari dua hari..
contoh aku sendirilah..mula guna pada hari pertama umur 30 tahun..satu bulan guna baru turun 10kg..alhamdulillah turun dengan kadar pantas..itupun setelah betul-betul jaga dengan komitmen dan disiplin Allah sahaja yang tau usaha aku..30 tahun dah sama dengan 10, 950 hari...mana nak sama dengan usaha aku yang cuma 30 hari..tentulah hasilnya memerlukan masa..herbalife produk bukan ubat..ia makanan tambahan berbentuk nutrisi dalaman dengan teknologi nutrisi selular..bayangkan 10, 950..selama 30 tahun aku makan bermacam makanan..30 tahun sel-sel badan aku berubah mengikut peredaran masa dan peringkat tumbesaran..mungkin lemak dan toksid dah terlebih berkumpul dalam badan..umur 30 baru nak mula cuci lemak dan toksid..al-kompem lah takkan bersih dalam 30 hari..
bagilah peluang untuk tubuh tunjukkan bukti dan reaksi kepada nutrisi selular yang kita ambil..dah turun 1kg-2kg..tu lah tanda-tanda awal..teruskan dengan disiplin dan komitmen..jangan putus asa jika belum ada tanda-tanda awal..mungkin reaksinya memerlukan masa untuk datangkan kesan..jika bertambah berat..pun jangan terkejut.mungkin itu tanda yang sepatutnya..kesannya memerlukan proses jangka panjang..jika 30 tahun masa yang panjang..takkan 30 hari aku nak samakan dengan 30 tahun tempohnya..maka..pada yang sedang berusaha tapi terjumpa kekesalan..buang jauh-jauh rasa kesal tu..fokus dan terus fokus...
air 10 liter..minum shake dan amalkan makanan seimbang dalam diet harian..in sha Allah akan hadirkan kesannya..jangan putus asa..Allah sentiasa ada menanti untuk memberi ganjaran kepada hamba-Nya yang berusaha..jom..usahakan yang terbaik untuk diri kita!
No comments:
Post a Comment