alhamdulillah..
kembali menarikan irama tahun baru walaupun sudah hampir 40 hari berlalu..tempoh pantang sudah lepas..sudah patut nampak sedikit hasil atas azam yang dibuat..namun..adakah masih dalam mimpi di dalam impian atau sudah menabur benih usaha untuk dibaja..
aku mencari-cari titik usaha untuk dimula..ibarat melukis..dimulakan dari satu titik dakwat..baru menyerong menjadi lakaran..sedang berpusing mencari hala tuju..aku tertarik dengan satu statistik dari http://www.statisticbrain.com/new-years-resolution-statistics/ yang pada aku satu tamparan..bukan mudah membuat resolusi..tapi lagi susah untuk merealisasikan azam itu..jika ada panduan dan keazaman..mungkin ada yang sudah berjaya..
Melihat senarai nombor satu (1) hingga sepuluh (10)..boleh dikatakan semuanya terpalit pada setiap individu..kecuali nombor sembilan (9)..pada yang sudah berkahwin..tidak musatahil boleh terjadi..
aku tertarik dengan majoriti yang memilih nombor satu (1)..ramai yang berkongsi hasrat yang sama dengan aku di tahun 2012..malangnya hingga hari ini..angan-angan sahaja jawapannya..
semoga 2013 aku menjadi medan tempur yang baru untuk hadamkan semua resolusi ini..1 hingga 10..aku pandukan semuanya untuk 2013..positifkan minda..alhamdulillah nombor tujuh (7) sudah tidak termasuk dalam gaya hidup aku..
semoga apa yang aku kongsikan..mendatang sedikit ilmu dan inspirasi pada mereka yang masih mencari azam..belum terlewat..masih di tahun 2013..baru bulan kedua..moga Allah mudahkan urusan kita bersama..tiada yang mustahil jika berusaha untuk dapatkannya..
4 Febuari 2013 aku memulakan regime untuk menurunkan berat badan..semuanya aku aturkan berjadual..semoga usaha ini menjadi titik tolak perubahan yang akan berlaku..
in sha Allah..hasilnya akan aku tuai..tiga bulan masa aku beri..bulan pertama yang menjadi kayu ukur..sejauh mana kemampuan diri..kuatkah iman..atau yankus ditengah jalan..hehehehe..mula mencari modal untuk entry akan datang..
ma'as salamah...
No comments:
Post a Comment