Wednesday, February 27, 2013

jalan-jalan tengok haiwan

 
 jom berdating kat tempat P.Ramlee dating..huhuhu

Alhamdulillah...

Allah masih memberi kekuatan dan nikmat kesihatan kepada kami sekeluarga..bersempena cuti mengejut    pada hari Selasa lepas..aku mengambil peluang dan masa yang ada dengan menggunakannya sebijak yang mungkin..membawa ahli keluarga melihat dunia haiwan di sebalik kesibukan kota.

untuk mencari peluang lain..mungkin agak mustahil dengan kebejatan tanggungjawab sedia ada menghambat waktu kami sekeluarga untuk bersama menikmati masa kualiti sebegini..menjadi impian untuk membawa anak dan isteri menikmati keajaiaban dan kehebatan ciptaan Allah..melihat ragam haiwan kadang kala menyedarkan banyak sisi sifat cintakan kehidupan..haiwan juga makhluk Allah yang wajar kita renungi...

huhuhu...gelabah jer si cilik ni bila ajak duduk sebelah patung gajah..

kisah sang gajah bersama bala tentera Abrahah mengingatkan kita peristiwa yang melanda dunia sebelum kelahiran Rasulullah..amat beruntung jika mengambil peluang sebegini mengenalkan kepada si anak kisah-kisah haiwan di dalam al-Quran..moga waktu bersihnya hati anak ini..diambil berkatnya untuk mengisi gambaran awal di kotak akalnya..melihat betapa lekanya Zafeerah melihat haiwan..kadang menyentuh juga rasa betapa suci hati seorang anak untuk berkenalan dengan dunia haiwan..berani-berani ayam..takut-takut si kucing..begitulah anak kecil ni dengan makhluk Allah yang jarang bertentang mata dengannya..

Gajah yang sangat si kecil ni kagum dan takut..

kami mengambil masa sekitar dua jam untuk habiskan lawatan kami..menaiki trem yang disediakan memudahkan urusan melawat sambil memastikan kami tidak terlepas sebarang aktiviti yang disediakan di sekitar zoo negara..memberi peluang untuk kaki berehat..semestinya!..lagipun nak juga merasa kaki dimanjakan sekejap..boleh juga cik Zafeerah berehat dengan mamanya atas trem sambil melihat kawasan sekitar zoo..

suka dengan rasa ingin tahu cik zafeerah ni..semua kelibat haiwan zafeerah pandang penuh kusyuk..

menyedari pendidikan awal bermula seawal usia kecil lagi..malah dari dalam perut lagi kita semai ilmu melalui pembacaan al-Quran..berkongsi apa yang kita bicarakan..semuanya secara tidak langsung membentuk personaliti anak..ilmu itu berbentuk pengamatan..anak belajar dengan melihat dan rasa..sekecil begini..segalanya baru dan pengalaman..pengalaman mematangkan akal dan fizikal anak..semoga beroleh ilmu berguna buat Zafeerah mengenal dunia haiwan..bukan sekadar berjalan-jalan..ada ilmu juga dikutip sepanjang jalan hendanya..

 semakin banyak astaka yang di bina..hujung minggu mungkin penuh..tak macam hari ni..

disebabkan stroller Zafeerah kami tinggalkan di kampung..(atas alasan tertentu..hehehehe)..maka bertukar-tukar tanganlah membawa si kecil ini..kena pula takutkan haiwan kat dalam sangkar..langsung merajuk tak mahu berjalan..kenalah kami yang mengusung..alhamdulillah..si kecil nak bermanja..tidak ada yang salah dengan apa yang diminta..zoo negara sekarang dah lain dari lawatan terakhir aku..(zaman bujang)..respon aku..perlukan improvasi pada banyak perkara..sempat puan besar bagi komen..katanya kalau lihat zoo di negara omputih..zoonya nampak lebih happening dan haiwannya lebih friendly..kat Malaysia ni..semuanya binatang agak kebosanan dan tak aktif..ada betulnya juga..kata aku..kita mungkin tak boleh ajar binatang untuk ceria dan gembira..tapi kalau diubah sesuatu yang bosan dan sama..mungkin mendatangkan sesuatu yg lebih ceria dan gembira..walaupun pada haiwan..boleh dikatakan..yang datang semuanya orang tak sama..tapi rumah untuk haiwan tetap yang sama..hehehe daripada aku kecik sampai sekarang..macam tak ada banyak perubahan infrastrukturnya..

unta padang pasir yang zafeerah takut nak bergambar..hehehe

tak mahu lagi komen panjang..tujuan kami nak menikmati keindahan flora dan fauna yang terkurung dalam bandaraya ni..hajat dah pun tercapai..sekurangnya dapat juga bertentang mata dengan unta padang pasir yang hidup di tengah padang rumput Malaysia..hehehe..alhmdulillah..banyak haiwan yang Zafeerah kenal..

mama Zafeerah yang cun melecun..macam gambar anak dara jer..hehehe

apa pun..kami bersyukur dengan nikmat masa yang Allah beri..bukan senang nak merancang seklumit masa untuk dihabiskan bersama..kesibukan dunia kadang kala menyempitkan usaha untuk bersama..dari hanya berkepit ke shopping kompeks..ada baiknya juga mencari sedikit ilmu alam di dunia haiwan..hehehe..mungkin kali yang lain..boleh menimba ilmu di tempat yang lebih menarik..


ma'as salamah..

jumpa lagi..

coretan ringan dari tangan yang berat..huhuhu

Sunday, February 24, 2013

Sup Sayur

..simple tapi sangat sedap..menu malam yang sihat...zafeerah suka makan lobak merah dan ubi kentang!..

Alhamdulillah..

aku pasti ramai yang selalu order kat kedai tomyam..sebab aku sendiri selalu order..semua dah complete kat dalam tu..biasanya kedai tomyam dia tambah isi ayam dan daging untuk ada sedikit protein..sebab tu kalau makan kat kedai..order sup sayur pun dah cukup..

bagi isi rumah yang ramai macam aku ni..3 beranak 6 perut..hahaha...(marah kang puan besar baca nih)..hehehe..aku lebih suka masak sendiri sup sayur kalau berkelapangan..perencah sup sayur tu..sentiasa ada..habes jer..top up balik..biar sentiasa ada..sebab sayur dalam peti sentiasa ada..kalau terasa nak makan..buka peti..masak jer..

baiklah..atas permintaan dan pertanyaan..aku sesuaikan resepi aku di blog ni..pada first timer..sangat mudah nak buat suap ni..sebab dah aada perencah sup sayur..hehehe..

RESEPI SUP SAYUR ala SHAUQI..

1. 1 Perencah Sup Sayur Adabi - RM1.00 @ Tesco
2. 1 inci halia - mayang kasar
3. 3 ulas bawang putih - ketuk/cincang
4. 5 ulas bawang merah

bahan-bahan di atas..tumiskan bawang dahulu..sampai kuning..kemudian kecilkan api sedikit baru masukkan perencah sup..tumis sehingga keluar aroma kemudian masukkan air 1 liter.

5. 2 biji Ubi Kentang Washinton (US) - aku suka guna ubi ni..sedap! - RM2.70 sekilo @ Tesco
6. 1 labu bawang besar

kemudian masukkan bahan di atas selepas air..potongan ikut kegemaran masing-masing!

SAYUR!

untuk sayurnya..ini adalah dari pandangan aku sebab semua ni kegemaran keluarga aku..untuk anda yang mungkin minat sesuatu jenis sayur..terpulang mengikut kretiviti dan eksperimen anda ya!

1. 2 batang Lobak merah - size medium
2. 3/4 bunga kubis - sekali guna - kalau beli kat pasar malam sepinggan RM1
3. 2 pokok Sawi - potong lebar
4. 1 tangkai saleri - potong serong (cantik)
5. 7 biji cili padi - pedas lagi terasa semua perasa sayur tu
6. 1 biji cili merah - tambahkan warna dan rasa
8. 2 biji tomato - sedap bila ada masam-masam manis dan pedas..
9. 1 tin cendawan butang - option kalau stok sayur agak kurang -hehehehe
10. daun sup dan daun bawang menambahkan aroma.
11. sedikit garam secukup rasa!

masukkan semua sayur mengikut aturan yang sesuai..pastikan yg cepat layu tu akhir sekali..(semua dah pandai masak!..mesti dah taukan!..)

siaplah semuanya..saya letak sayur semata..tidak ada protein..bagi yang mungkin nak letak ayam..terpulang!..semuanya boleh!

Panduan menikmati sup sayur!..(cewahh)

hidangkan ketika panas..hirup kuahnya..dan nikmati rasa dan aroma sayur..batang saleri yang rangup wajar dinikmati ketika panas..kurangkan nasi kalau sudah ada portion ubi kentang yang banyak..(kandungan sama dengan nasi)..kanji yang sama..jadi kenapa perlu makan lebih kanji lagi???...hehehe

sesuai untuk seisi keluarga!..

p/s : sedikit minyak menumis..mengurangkan kolestrol..mesti anda semua dah taukan..bagaimana nak mengurangkan kolestrol dalam minyak!..hehehehe..boleh bertanya kalau tak tahu...akan saya kongsikan!..

ma'as salamah!.. dan selamat mencuba!

reward myself!

Alhamdulillah...

bermain-main dengan anak jari di laman sendiri memang menyeronokkan..blogging kembali ceria kalau ada cerita!..betul tak??..perkongsian demi perkongsian mematangkan ilmu yang ada..berkongsi itu mampu menghadirkan senyuman di hati..kalau itu mampu buat kita gembira..kongsikanlah selalu.. sharing is caring...

untuk kali ini..sekadar ingin berkongsi rasa gembira..setiap kali aku berjaya melaksanakan sesuatu..aku selalu hadiahkan diri sendiri dengan sesuatu..itulah aku!!..tidak semestinya hadiah fizikal..rohani pun sudah berbaloi kiranya..seperti berhempas pulas melaksanakan tugasan rumah..secawan kopi panas buatan isteri sudah cukup menghadirkan rasa dihargai dan hadiah yang sangat bermakna..begitu juga dengan kejayaan dalam kerja dan belajar..pasti ada habuan untuk tunjukkan rasa gembira..

di dalam mengamalkan diet yang sihat..kesabaran pasti teruji bila melihat juadah-juadah yang sihat apatah lagi sangat meruntun iman setiap kali terhidu aroma yang sangat menggoda nafsu makan..ice blended pastinya lebih menggoda dari segelas air putih!!..hehehehe..

pada aku..mudah..makanlah kalau hati sudah teringin..ambillah satu hari untuk jadikan hari itu bermakna..hadiahkan badan sesuatu..setelah 6 hari mengamalkan diet yang sihat..berkesan menurunkan berat..aku bagi peluang untuk menjamah makanan yang kadang-kala terlintas keinginan di hati..yang penting..kawal nafsu..jangan membalas dendam semahunya..mentang-mentang dapat green light terbuka habis langit tujuh semua semata-mata nak balas..macam hari raya..sebulan berpantang..sehari semuanya disumbat!..kesianlah perut anda..nak proses semua tu...makan memang sehari..nak prosesnya mungkin berhari-hari..

aku lebih kepada hadiahkan diri seperti buah-buah di atas..kiwi dan strawberi..mesti pilihan buah yang jarang aku makan..kena pula strawberi coklat kan!..hahaha..epal fiji dan epal hijau bersama garam..memang layan..untuk protein, mudah..seekor ayam kukus gril panggang..dah cukup menutup amarah nafsu..yang penting ia sihat..dan mampu bekalkan sesuatu berupa protein..nasi kerabu..semuanya bersama ulam yg sihat..pakej dengan daging bakar..portion yang cukup untuk seminggu..

cerita ini berkaitan dengan jalan-jalan cari makan di pasar malam Taman Tun Dr. Ismail..setiap Ahad..aku semalam ke sana bersama keluarga..sekian lama tak kunjung ke sana..terdetik hati nak mencari buah-buahan untuk stok keluarga..alhamdulillah..dari jenis tempatan sampai ke South Africa semua ada..haha..dah sampai ke sana..hari minggu pula..mestilah nak hadiahkan diri dengan sesuatu yang sihat..melihat deretan gerai makan memang membuka selera..tapi iman kena kuat!..hehehe..nasihat aku..mudah..rancang apa yang nak beli..jangan bawa wallet ke sana..cukup keluarkan RM20 dalam poket..belanjalah dengan nilai itu..jimat dan berkira-kira bukan satu sifat yang keji..kedekut itu yang dilarang..

alhamdulillah dengan RM20 dapat beli 10 biji Apple Fiji, 2 mangkuk bihun sup (makan di sana)..sebatang jagung rebus..sebungkus nasi kerabu dan 2 potong kek cheese.. (macam mana bajet kami??..ok kan?..)

alhamdulillah..

kalau ada keinginan..selagi mana positif..pasti ada jalan untuk segala urusan...

selamat meneruskan diet yang sihat!!

ma'as salamah!..


Tuesday, February 5, 2013

Moment of Truth




alhamdulillah....salam jumaat semua..

setelah berhempas pulas berdiet..baru nak belajar ilmu diet yang betul..huhu..begitulah bila melompat sebelum berdiri..kadang tersenak di tengah-tengah..(boleh faham?)

kalori..sangat menarik untuk aku koreksi..sebelum aku hadam bab metabolisma..aku kena tahu tentang kalori..dua ke tiga hari ini..aku banyak membaca bahan dan artikel berkaitan kalori..bagaimana mengira kalori..bagaimana mendapatkan formula kalori..dan alhamdulillah..dunia hari ini memungkin segalanya di depan mata..sekelip mata..segalanya boleh kita masuk (enter)..sebab hanya perlu tekan ENTER untuk ketahui ilmu-ilmu ini..hehehe..

baiklah..sedia maklum kalori itu adalah unit untuk mengira tenaga..sebagai mana makcik saudara pakcik Google terangkan..iaitu makcik Wikipedia :
"Food calories, or the "Calorie" units used often in nutritional contexts, measure amounts of energy 1000 times greater than the units in scientific contexts known also as calories, or gram calories ("cal"). Food calories are thereby referred to less ambiguously in some formal contexts as kilocalories (kcal). One food calorie is equal to 4.184 kilojoules."
kenapa badan kita perlukan kalori ni..sebab badan kita perlukan tenaga..malangnya bila terlebih makan dan tenaga itu tidak digunakan..ia akan tersimpan dan bertukar kepada lemak..inilah punca berat badan yang bertambah dan berisiko kepada kesihatan kita..

macamana nak kira yer..alhamdulillah..ni pun baru aku tahu..hasil pencarian di internet..aku kongsikan formula mudah..bagus untuk kita guna dalam ilmu masakan..

Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.

Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.


Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g X 4 = 212 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)

Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 280 kalori!

untuk rujukan..seorang lelaki memerlukan lingkungan 2000 - 2500 kalori setiap hari berbanding wanita linkungan 1600 - 2000 kalori..untuk mereka yang makan lebih dari sepatutnya..ingatan untuk saya dan anda semua..8000 kalori yang tidak digunakan atau dibakar (takde buat eksesais)..akan menambah 1000g berat badan..senang cakap sekilo..hehehehe..

jadi bila dah fikir semula..menu semula jadi umat Malaysia la kan..aku pun mencari lebih fakta untuk menyokong apa yang selalu kita makan..hasilnya begini:-

Makan Pagi: Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21 kalori) + Teh Tarik (120 kalori) = 541 kalori
Pukul 10 pagi: Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori
Makan tengahari: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori) + Air Tembikai (80 kalori) = 900 kalori
Minum petang: Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori
Makan Malam: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) + Kangkong goreng belacan (120 kalori) = 682 kalori
Jumlah (541 + 410 + 900 + 510 + 682) = 3043 kalori.

kalaulah aku makan sehari macam di atas..lepas tu ada buat sedikit la..(sikit-sikit) jer senaman ringan..ada balance aku simpan dalam 543 kalori dalam badan..(sebab ambil max 2500 kalori sepatutnya)..jadi sehari 543 darab 365 hari..

543 x 365 = 198, 195 kalori aku simpan setahun...huhuhu..sama dengan setahun 24.77KG setahun lemak terkumpul...(patutlah tak jumpa sixpax terus)..tapi ini masih bergantung pada metabolisma seseorang..mungkin 24.77kg setahun mungkin kurang dari itu..kerana masih ada mekanisma badan yang membantu.iaitu metabolisma..itu kita cerita next entry yer..

so sebagai penutup..jom kita tengok senarai kalori makanan kegemaran rakyat Malaysia yang sempat aku cari dalam internet..tak susah pun..copy & paste..tapi sangat membantu!..mudahkana korang menyemak..sila lah lihat!...ape yang korang makan..itulah korang sekarang..hehehe

Kategori: Kuih Muih

1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori

2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk

1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori

2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin

1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori

2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera

1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori

2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan

1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori

2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

Monday, February 4, 2013


Alhamdulillah..setelah sekian lama meninggalkan blogging atas urusan masa dan komitmen yang tinggi..kini aku dapat kembali menarikan rentak jari semahu dan semampu yang boleh..pelbagai mehnah dan tribulasi yang diharungi berjaya diusaikan..moga menjadi matang dan membentuk jati diri baru sempena permulaan baru..

tamatnya sesuatu perjalanan bukan bermakna berakhirnya satu perjuangan..sebaliknya bermulalah satu lagi episod dengan matlamat dan semangat juang yang baru..berarak mengikut laluan usia yang ditetapkan Allah..aku mengorak usia awal 20an dengan meninggalkan sisi muda dan remaja..alam dewasa dan rumah tangga menjadi dunia baru di lewat usia 20an..anugerah dan hadiah seorang suri hati dari Allah ketika masuk angka 27 tahun..amat memberi makna yang besar..alhamdulillah di usia yang sama Allah menambahkan kekasih hati ini dengan zuriat pertama sebagai peneman perjalanan kami suami isteri..alhamdulillah..

berganjak ke usia 30..transaksi dari 2 series kepada 3 series adalah satu paradigma yang perlukan bukan sekadar anjakan..lebih dari itu ia memerlukan satu transformasi niat, azam dan impian..matlamat bersama tujuan hidup yang lebih jelas..juga kematangan yang sesuai dengan usia yang dijengah..

lewat mengakhiri usia 20an..aku memikirkan banyak perkara yang perlu ditangani..antaranya resolusi hidup yang mendatang..melihat masa depan dengan kanta agama dan menikus kembali sejarah lama..perlu ada perubahan demi menjalani dunia yang sementara ini..alhamdulillah..semoga kelangsungan blog ini..dari blog lama semasa zaman bujang 2010, Will You Be Mine, merupakan catitan hidup dari 2009 hingga beroleh pasangan hidup..kini aku kembali di usia 30..semoga 2013 datang dengan hati dan nawaitu yang ikhlas..jelas..dan mengembalikan aku kepada landasan Islam..

Ya Allah..pandulah hati aku kepada-MU..semoga sedikit tulisan ini..mampu mengubah hati aku dan mereka yang singgah mencari redha-Mu..

Dengan nama-Mu yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..aku mulakan perjalanan ini kembali..


man jadda wa jada...

alhamdulillah..

hari pertama menggunakan Formula 1 sebagai sarapan dan santapan tengah hari sangat mengujakan..bukan sahaja kerana hari pertama..tetapi bersempena hari lahir aku yang ke 30 tahun..official day bertukar kepada 3 series menyebabkan aku teruja untuk melihat perubahan diri..sebagaimana pasangan berchenta yang lain..(hehehehe)..mestilah ade candle light dinner..xkan nak duduk rumah jer kot..


menu sambutan hari lahir bersama isteri dan anak...semua convert to healthier menu..(yeke???)

alhamdulillah..rezeki Allah bagi..diet tidak semestinya meninggalkan semua nikmat makan yang lain..ni sampai nasi pun tak sentuh..boleh tak makan nasi..tapi gantikan sesuatu yang boleh menyamai keperluan karbohidrat badan..bila berdiet maknanya seseorang itu sudah bersedia dari segi ilmu, emosi, fizikal untuk mencabar kemampuan diri menurunkan berat badan dan kuruskan diri..bukan bersedia untuk menyeksa diri..salah dari sisi ilmu agama..itu dah bermaksud menzalimi diri sendiri..

amalkan warna warni dengan kepelbagaian di dalam masakan dan menu..fahami setiap khasiat disebalik makanan..dan keperluan pada badan..ramai orang yang keliru tentang kalori dan metabolisma..hari-hari jumpa perkataan metabolisma..tapi maksud pun tak mampu nak huraikan..(termasuklah aku)..so better aku korek dulu ilmu tentang metabolisma sebelum aku bercakap..hehehehe

zafeerah yang suka makan buah..alhamdulillah..Allah memudahkan urusan menjaga diet anak..

malam sambutan hari lahir aku hanya sederhana..sesekali makan besar bersama keluarga..bukan sahaja mengeratkan hubungan kasih sayang..malah menghilangkan stress penat di pejabat..hati menjadi tenang..kepala pun sudah melayang jauh dari soal dunia lain..yang ada cuma keluarga..dan menjamah selera yang ada..penting untuk diet yang berjaya..pada aku..ialah menikmati makanan..bukan terpaksa makan!...stress boleh menjadikan diet yang sudah seimbang tadi..boleh memakan diri..time bomb kalau diet yang kita juangkan..tidak mendatangkan hasil..

nasihat percuma!..enjoy your diet..keep positif..hasil bukan boleh nampak dalam sehari...istiqamah..yakin dengan ganjaran Allah..

"man jadda wa jada..."

siapa yang berusaha..dia akan berjaya..usaha itu adalah dari manusia..kita yang menggerakkan usaha..hasil adalah dari Allah..jadi jangan terlalu melihat hasil itu dahulu..yaaaaa..memang teruja bila mendengar kawan kita turun 10-20kg dalam masa tertentu..melihat gambar susut dan kurusnya kawan kita..apatah lagi bila bertentang badan dengan kawan yang badan sudah ramping dan sasa..saat itu menguji keimanan untuk menjadi seperti mereka semua..hakikatnya itu adalah hasil yang kita dengar..nampak..dan lihat dengan mata kasar..sepatutnya mata hati lebih teruja dengan bagaimana mereka begitu kuat BERUSAHA untuk mendapatkan hasil sebegitu!!!

maka soallah iman kita..di mana tahap kita untuk berjaya dalam menguruskan badan...

selamat mengkoreksi diri!..huhuhu...


p/s: malam tu..aku mampu membaca beberapa buah buku dari jam 11 malam hingga 3 pagi..luar biasa tenaga dari Formula 1..esoknya seawal jam 5.30 pagi sudah bangun..langsung tidak mengantuk dalam pejabat...hmmmmmm...

challenging myself...



alhamdulillah..

pada 3 Febuari 2013..aku membuat keputusan untuk hadiahkan diri dengan masuk satu Weight Loss Challenge kelolaan Nutricity Club Taman Melawati..alhamdulillah setelah berdiskusi panjang bersama member-member di sana..aku bersetuju untuk 'menghadiahkan' diri sendiri dengan hadiah paling istimewa bersama ganjaran tidak ternilai di dunia ini..hadiahnya makanan yang sihat untuk tubuh aku..ganjarannya kesihatan tubuh yang berpanjangan dengan turunnya berat badan kepada berat yang ideal..in sha Allah..matlamat yang jelas akan memudahkan segala urusan..

pelaburan yang besar ini aku yakin lebih murah dari mengunjungi SPA atau slimming sanctuary yang banyak menawarkan pakej turunkan berat badan dan kuruskan badan semata-mata..namun hakikat badan di luar yang kurus tapi emosi dan makanan jasad mungkin mempunyai tekanan untuk menanggungnya..diet yang terkawal belum tentu menjadi saranan..kerana yakinnya apa yang dibuat di SPA itu sudah mampu menguruskan badan!..hakikat ini terpaksa aku telan kembali kerana isteri aku sendiri telah mencubanya di salah sebuah pusat rawatan kecantikan di PJ!..huhuhu..(takde masalah..pekung ini sebagai iktibar untuk diri sendiri)

baiklah..berbalik kepada kejadian 3 Feb lalu..dengan persetujuan tersebut..aku terikat dengan komitmen peribadi untuk menurunkan berat badan dalam tempoh sebulan..dengan aturan makanan dan makanan tambahan yang telah diberikan..aku mendapat tiga Formula 1 bersama satu botol Teamix Hisbiscus sebagai makanan dan minuman tambahan untuk tempoh sebulan..inilah pakejnya..
kecuali Formula 3 di atas(balang besar sebelah kanan)..selebihnya itulah pakejnya..

bermulalah cabaran aku pada 4 Feb sempena hari lahir aku..maka hari pertama yang sangat aku tunggukan..semangat dan teruja dengan pengalaman baru ini..menghasilkan blog ini untuk tujuan perkongsian dan inspirasi pada yang mahukan sesuatu untuk diri sendiri..semua orang boleh membuktikan diri mereka mempunyai nilainya..dan berapa nilai untuk kesihatan kita..anda yang tentukan..

Berat pada 3 Februari 2013 , 87.8 kg ................................. 17.8 kg lebihan

Berat ideal pada 2 Mac 2013 70.0 kg..................................  nantikan keputusannya..

Resolusi 2013

alhamdulillah..

kembali menarikan irama tahun baru walaupun sudah hampir 40 hari berlalu..tempoh pantang sudah lepas..sudah patut nampak sedikit hasil atas azam yang dibuat..namun..adakah masih dalam mimpi di dalam impian atau sudah menabur benih usaha untuk dibaja..

aku mencari-cari titik usaha untuk dimula..ibarat melukis..dimulakan dari satu titik dakwat..baru menyerong menjadi lakaran..sedang berpusing mencari hala tuju..aku tertarik dengan satu statistik dari http://www.statisticbrain.com/new-years-resolution-statistics/ yang pada aku satu tamparan..bukan mudah membuat resolusi..tapi lagi susah untuk merealisasikan azam itu..jika ada panduan dan keazaman..mungkin ada yang sudah berjaya..


Melihat senarai nombor satu (1) hingga sepuluh (10)..boleh dikatakan semuanya terpalit pada setiap individu..kecuali nombor sembilan (9)..pada yang sudah berkahwin..tidak musatahil boleh terjadi..

aku tertarik dengan majoriti yang memilih nombor satu (1)..ramai yang berkongsi hasrat yang sama dengan aku di tahun 2012..malangnya hingga hari ini..angan-angan sahaja jawapannya..

semoga 2013 aku menjadi medan tempur yang baru untuk hadamkan semua resolusi ini..1 hingga 10..aku pandukan semuanya untuk 2013..positifkan minda..alhamdulillah nombor tujuh (7) sudah tidak termasuk dalam gaya hidup aku..

semoga apa yang aku kongsikan..mendatang sedikit ilmu dan inspirasi pada mereka yang masih mencari azam..belum terlewat..masih di tahun 2013..baru bulan kedua..moga Allah mudahkan urusan kita bersama..tiada yang mustahil jika berusaha untuk dapatkannya..

4 Febuari 2013 aku memulakan regime untuk menurunkan berat badan..semuanya aku aturkan berjadual..semoga usaha ini menjadi titik tolak perubahan yang akan berlaku..

in sha Allah..hasilnya akan aku tuai..tiga bulan masa aku beri..bulan pertama yang menjadi kayu ukur..sejauh mana kemampuan diri..kuatkah iman..atau yankus ditengah jalan..hehehehe..mula mencari modal untuk entry akan datang..

ma'as salamah...