Sunday, March 31, 2013

jom layan kerenah perut kita..

alhamdulillah.....

Salam Isnin yang mencabar..huhu

Monday blues sedang melanda nampaknya...

baiklah..semalam mendapat sedikit kebimbangan dari beberapa sahabat yang bertanya tentang lemak viseral..mungkin ramai yang belum mengenali terma ini..sebab masih belum ramai yang jelas tentang apa itu lemak viseral..google maksud lemak viseral ini..nanti sahabat sekalian akan lebih faham dan jelas akan risiko lemak ini pada badan sahabat semua..

baiklah..meneruskan kelas pengajian kita..(huhu)..lemak sepertimana kita faham dari kecil sangat mudah..gemuk aje..berlemak laaa individu tu..masa zaman sekolah..ada kawan-kawan yang badan besar..langsung dapat nama yang sedap-sedap..kerana dia lebih lemak dari kita..

bahananya kembali kepada kawan kita tadi..jatuh air muka..alami stress..(kadang melampau stressnya..sampai tak mahu ke sekolah)..pada yang berbadan besar..dunia belum berakhir lagi..masih ada ruang dan peluang untuk memperbaiki diri..pada yang kurus..jangan pula ingat kita ni selamanya akan sentiasa kurus..aku ni yang pernah kurus..ramping lagi badan tau!hahaha..lepas kahwin..dah ada anak..semua six pax aku cantum jadi satu..hahaha...

di mana kita??...

ingatlah sahabat semua..kurus atau besar..bukan lagi alasan nak malas bersukan..bersenam..menjaga pemakanan..sebab kita jangan sangka kita kurus kita sihat..aku gemuk aku sihat..yaaa memang kita suka cakap..bila berisi sahaja..sehat..bahagia..ada isteri pandai jaga..(benarkah hakikat kita terjaga???)...renungkan kembali apa yang kita dah buat pada badan kita..zalimkah kita dengan nikmat kesihatan???...biarlah kita sihat dengan badan yang betul-betul sihat luaran dan dalaman..ibarat kata tagline Dr. Muhaya..dunia dalaman..mencorak dunia luaran..

segalanya bermula dari dalam..Rasulullah s.a.w merekodkan dengan hadith yang mashyur dengan maksud ringkasan dari aku yer..segala penyakit bermula dengan perut..kalau kita mengaku kita sayang nabi..maka masa nilah nak insaf dan tunjuk kasih sayang kita..PELIHARALAH PERUT!..tu tandanya kita berusaha menjaga sunnah nabi...niatkan sungguh-sungguh jihad kita..nak sihat sebab nak pelihara sunnah nabi..in sha Allah niat kita dimudahkan Allah..dibukakan jalan..ditunjukkan caranya..

jadi apa signifikan hadis ni..sebabnya lemak viseral ni asalnya hanya terletak di perut!..selamat menyelami perut anda!..hayatilah cerita perut anda!

pada yang biasa dengan peratusan lemak badan..perhatikan angka lemak anda!

Lemak visceral berbeza dari lemak tubuh lainnya (di bawah kulit). Lemak Visceral , juga disebut lemak intra-abdomen, adalah lembaran lemak yang mengelilingi organ internal tubuh manusia yang ditunjukkan dalam ukuran ketebalannya. Sedangkan lemak di bawah kulit berada di sisi lain, adalah lemak tubuh yang berada dekat dengan permukaan kulit dan dianggap kurang berbahaya, dan lebih sangat mudah dihilangkan daripada lemak visceral.


Penelitian telah menunjukkan bahawa manusia dengan lemak visceral lebih berisiko tinggi terhadappenyakit jantung, stroke, diabetes dan hipertensi. Orang yang jarang bergerak, perokok dan peminum menunjukkan memiliki lebih banyak lemak intra-abdomen atau lemak viseral daripada orang yang aktif yang bukan perokok dan non-peminum..Stress mungkin juga menjadi faktor dalam pembentukan lemak visceral di dalam tubuh..(alhamdulillah aku bukan perokok..thank you Allah...)



khas untuk mereka bernama lelaki..ini yang paling terbaik untuk kita!


Menghilangkan lemak visceral lebih sulit daripada lemak bawah kulit kerana lemak tersebut lebih kuat tertanam/menempel di dalam jaringan tubuh manusia. Lemak visceral hanya dapat diukur secara akurat oleh Mesin Pencitraan yang dapat melihat seberapa tebal lembaran lemak visceral yang menyelimuti/melapisi organ-organ tubuh. Seseorang mungkin berada dalam kisaran berat badan yang ideal/sehat, namun tidak menutup kemungkinan masih memiliki terlalu banyak intra-abdomen lemak di sekitar organ tubuh internalnya.

Hati memetabolismakan lemak dan melepaskannya ke dalam aliran darah berupa kolesterol. Kolesterol yang berbahaya/buruk, yang rendah kadar-Density Lipoprotein (LDL), akan berubah menjadi sebuah plak yang menghalangi arteri (aliran darah).

Visceral body fat adalah yang paling membahayakan kerana ia ‘sukar dilihat dengan mata kasar’. Pakar perubatan mengesyorkan tiada cara lain yang dapat menyingkirkan “visceral body fat“, melainkan melalui senaman secara berterusan sepanjang hayat. Siapa sangka, senaman seperti berjalan kaki di taman sebanyak 3 kali seminggu mampu mengatasi peningkatan jumlah “visceral body fat“. TAPI bila ckp mengenai senaman, ramai yang anggap ianya menyusahkan..so bagaimana?
buat wanita dan isteri...masih belum terlambat untuk menjadi yang TERISTIMEWA!

aku ada caranya..nantikan...

mudahnya cuma perlukan disiplin dan komitmen yang tinggi untuk tempoh tiga bulan..ini adalah skala risiko lemak viseral...sila rujuk di mana kedudukan anda!

skala 1-4 : ini palaing terbaik..bagi perempuan dan wanita lingkungan skala ini menjadi kewajipan anda untuk kekalkannya..

5-8 : skala ni sesuai untuk lelaki..di mana 5 paling terbaik posisi bagi seorang lelaki..(jauh lagi aku dengan nombor 5..huhuhu)

9-11 : ini warning numbers untuk yang main-main dengan lemak..haha..jangan cari pasal yer..masa ni membuncit sikit..belum gemuk melampau..biasa pada pasangan baru nak bahagia dengan anak seorang nih..

12-13 : ni dah kena tahap berjaga-jaga...ingat!..penting untuk memerhatikan unjuran lemak anda ok! (aku berat 87.8kg dengan kadar 13 lemak viseral..turun lebih 8kg baru dapat turunkan kepada 11..jihad sungguh nak badan sihat!)

alhamdulillah..aku rasa itu sahaja perkongsian aku pagi ni..panjang dan memanjang..dengan lebar yang sama..huhuhu..baiklah!..untuk pengguna produk Herbalife...di bawah adalah kaedah terpantas anda untuk turunkan berat dan menangani masalah lemak viseral ni..alhamdulillah..kita mempunyai segalanya untuk membantu turunkan berat badan..hanya perlu tambahkan TINDAKAN dalam list kita tu..pada yang bukan Herbalife user..semoga bermanfaat perkongsian ini...!


jom mula!


BAGAIMANA HERBALIFE DAPAT MEMBANTU?

Bagi sesiapa yang dh baca kelebihan produk HERBALIFE ini dan konsep nutrisi selular sebelum ini mungkin sudah dapat gambaran serba sedikit bagaimana produk ini dapat membantu:

Produk HERBALIFE menggunakan konsep nutrisi selular iaitu membaikpulih dan membantu menyihatkan badan kita dari sel. Ini kerana secara logiknya, jika sel kita sihat, tisu kita akan sihat seterusnya organ kita akan sihat dan akhirnya sistem tubuh badan kita akan sihat.

Formula 1 Nuritional Shake Mix 
  • Nutrisi Selular yang merupakan makanan seimbang.
  • Hanya mengandungi 90-250 kalori setiap hidangan.
  • Mengandungi 55 nutrien penting, 18 asid amino, Fibre, Serat dan Herba. Kesemua nutrien penting yang diperlukan oleh badan.
  • 9 g protein dan serat yang membantu menyokong pengurusan berat badan.
  • 0 kolestrol, 0 lemak trans.
  • Mempunyai 5 perisa yang enak.
  • Memberikan khasiat, rasa kenyang dan tenaga dengan nutrisi selular.
Tea Mix - Lemon and Hibiscus
  • Menyegarkan dan memberikan tenaga.
  • Mempercepatkan pembakaran kalori dan lemak.
  • Meningkatkan tenaga.
  • Mengurangkan selera makan.
  • Anti-Oksidan yang semulajadi.
  • Menjalankan Detoxifikasi ( pencucian dalam tubuh ) secara semulajadi.
Herbal Aloe Concentrate
  • Diekstrak dari Aloe Vera / pati lidah buaya berkualiti tinggi, yang kaya kandungan nutrisi, vitamin, dan mineral.
  • Minuman menyegarkan dan tonik pencernaan.
  • Mampu membersihkan pencernaan dalam usus sehingga menyerap nutrisi dengan lebih cepat.
  • Mempercepat detoksifikasi atau pembuangan toksik dari dalam tubuh.
  • Memperbaiki gangguan pencernaan.
  • Disebut “TURBO / BOOSTER” yang membuat produk Herbalife lainnya bekerja 40% lebih cepat dalam mempercepat program pengendalian berat badan.
Omega 3 Fish Oil
  • Mengandungi EPA dan asid lemak DHA Omega-3 dan sebatian unik herba untuk kesihatan kardiovaskular dan sendi.
  • Meningkatkan kesihatan jantung dengan Omega-3.
  • Mengekalkan tahap kolestrol dan trigliserida yang berada dalam linkungan normal.
  • Mengandungi antioksida vitamin E untulk perlindungan terhadap radikal bebas.
Lakukan aktiviti senaman untuk mempercepatkan proses pengurangan LEMAK DALAMAN atau VISCERAL FAT ini. 

LOSE WEIGHT, GAIN WEIGHT ANG GET HEALTHY WITH HERBALIFE! Anda pasti akan merasakan perbezaannya. :)

Tuesday, March 26, 2013

sedikit perkongsian - amalkan

alhamdulillah...

berkesempatan untuk berkongsi..kepada sahabat yang banyak bertanya bagaimana nak uruskan perut..ini tips terbaik dari Majalah iSihat isu bulan April 2013..

kebanyakkan apa yang aku buat dengan body weight training di rumah..semuanya depan tv sambil melayan HBO dan zafeerah..

ok baik!..

moga dimudahkan segala usaha..insha Allah..pertamanya dapatkan isu terkini iSihat lepas baca entry blog aku ni..bukan nak promosi tapi dengan menambah ilmu yang kadang kita anggap remeh sebenarnya yang kecil-kecil inilah yang membantu menyelesaikan isu-isu yang besar di kemudian hari...

dalam senaman yang dinamakan Calisthenics ni..(baru tau namanya..hahaha)..abaikan nama tu..pentingkan praktikalnya..ok!

di dalamnya disenaraikan bersama butiran gambar dan praktikal untuk melakukan senaman ini..cumanya aku tambah berdasarkan senaman aku sendiri..begini senaman aku uruskan perut aku yang ke depan tersebut..hahahaha..(malu)

sesuai sebagai PEMANASAN: BASIC je ok

Y Squat

Y Squat - ini tak termasuk dalam buku iSihat.

Push-up - aku buat modified pushup untuk beginner..dalam iSihat ada ditunjukkan gambarnya..tapi aku tak buat dengan kaki silang (melalui pembacaan aku silang kaki mengurangkan intensi dan salah)..depakan kaki untuk maksimakan tekanan..

Mountain Climbers - ni favourite aku..paling cepat buatkan aku berpeluh..kesannya terasa pada perut dan sisi perut!..ada dalam iSihat..

Spider Crawl - ini lagi la bagi tekanan pada perut..memang habes segala lemak kecut kalau buat spider climb..memang power.. - tak ada dalam iSihat

waiter's bow

Waiter's Bow - ini nampak ringkas..sebenarnya kesannya sangat baik untuk kesimbangan dan perut..tak ada dalam iSihat..

lunges

Forward Lunges - sangat berkesan untuk buang lemak di bahagian peha dan membentuk pinggul yang sesuai dengan pinggang..tiada dalam iSihat..

5 senaman pemanasan ini sangat sesuai untuk beginner sebelum melakukan sebarang aktiviti kardio yang lebih untuk membakar lemak..

dari aktiviti ini sahaja..aku dah bakar banyak kalori..apa yang penting bukan kuantiti senaman..tapi kualiti senaman yang kita buat..apa jua jenis senaman yang kita buat..pastikan kita fokus pada bahagian yang ingin kita buang lemak tersebut..contoh di atas adalah memang tujuan untuk lemak di perut..kesannya sangat terasa pada bahagian perut dan pinggul..(lunges penting untuk perut dan bahagian peha ke atas..)

maka banyakkan membaca..keluarkan sedikit pelaburan untuk membaca dan membeli buku atau majalah yang sesuai dengan kemampuan dan keperluan semasa..untuk percuma cari sahaja di laman web dan blog yang membantu dari segi akses video dan bergambar..

aku lebih suka semua kaedah yang sesuai..itulah aku!..hehehe..

baiklah..dalam iSihat ada beberapa senaman yang dicadangkan..

iaitu:

1 - PLANK
2 - MOUNTAIN CLIMBERS
3 - HALF BURPEE
4 - REVERSE CRUNCH
5 - PUSH UP
6 - FLUTTER KICK


fahami dan pelajari fungsi senaman tersebut supaya kita boleh target kawasan lemak tertumpu yang nak dibuang..itu lebih baik dari terus warm up tanpa tujuan dan buat senaman yang hentam kromo tak tahu apa yang kita nak buang..

semua yang iSihat ketengahkan adalah untuk tujuan perut dan pinggang..PLANK contohnya sangat bagus untuk perut..kesannya dalam 10 saat akan terasa..CUBA ok!...hehehehe..bahana ooo kalau buat..memang power..

ok baik!..selebihnya bacalah sendiri..aku usahakan atas permintaan jika ada yang inginkan beberapa lagi bentuk aktiviti..cumanya yang terbaik adalah usaha dari diri sendiri..

bak kata sahabat aku..carilah KENAPA dalam setiap tujuan..sebelum kita konklusi kepada BAGAIMANA..

kenapa nak turun berat????...

senaraikan sebab yang paling kukuh..dan carilah matlamat disebalik KENAPA itu..baru ada jihad yang menentukan niat..

in sha ALlah..semoga bermanfaat...

p/s:nak gambarkah???


Monday, March 25, 2013

two is better than one..



alhamdulillah...

bersyukur padamu ya Allah..atas segala peluang dan ruang yang masih Engkau hadirkan..bukan mudah untuk bertemu ruang..teringat kata saidina Ali..masa itu ibarat pedang yang tajam..kalau kita tidak mencantas masa untuk mencari ruang peribadi..berikhtiar..bertahajjud..bertafakkur mencari Allah..pastinya masa-masa itu yang mencantas hidup kita dengan aktiviti yang laqa..atau kesibukan dunia yang melampau...

Allah Maha Adil..diberikan kita peluang untuk sedar seketika..itulah namanya hidayah...kemudian diberikan kita matlamat dan azam..itulah taufiq..jadi janganlah kita longgarkan tali Allah..peluang itu ibarat jarum dalam jerami..carilah masa untuk diri sendiri..baru lah masa memberi ruang untuk kita mencari diri..

baiklah!..muqaddimah dah dibuka..mata dan hati...harapnya lebih terbuka!

cerita semalam..STS di Marriot Putrajaya..itulah yang membuka seribu satu pintu hati ini untuk lebih mencari diri..peluangnya sebulan sekali sudah ada mengikut jadual bulanan..tapi ilmu dan perkongsiannya..bukan setiap bulan akan sama..pasti ada yang baru..dan yang baru itu sentiasa dinantikan..alhamdulillah aku hadir..dengan minda yang kosong..aku duduk sebagai seorang yang jahil..itu lebih baik dari datang dengan ego..



dipendekkan ceritanya...

pulang ke rumah..mesti ada sesuatu yang perlu dilangsaikan dahulu..usai solat isya'..beramah dan bercerita dengan ahli keluarga..lewat malam..masa untuk luahan hati dan perkongsian bersama isteri..

itulah detik paling bermakna bagi suami isteri..berkongsi soal hidup..bercerita soal impian bersama..segala resah dan gembira semuanya diluah untuk memastikan hala tuju hidup..jelas dan teguh..sedih juga tidak dapat bersama isteri di STS tu..tapi masih boleh berkongsi segala rasa yang ada dengannya...begitulah bila berdua...berdua itu lebih baik dari satu..

terima kasih Allah kerana peluang dan ruang masa untuk kami berbincang..berkongsi ilmu seharian di STS..membuka lembaran baru untuk kami usahakan sesuatu yang terbaik untuk masa depan keluarga kami..kesihatan sudah Engkau berikan..berikan pula kami kekuatan untuk kekal di jalan yang telah kami pilih..jalan orang-orang yang berjaya..jalan lurus insan-insan dijanjikan syurga..para rasul..para nabi..sahabat dan tabi'in..semoga kami kekal di landasan mereka..


Herbalife memberi peluang kepada kami suami isteri satu peluang untuk bekerjasama..merancang..membuat koreksi..bedah siasat..mencari peluang-peluang yang baru bersama..mencorak masa depan kami sendiri..dan untuk peluang perniagaan..semestinya pasaran yang lebih besar bila dua buah keluarga bersatu..dua kumpulan sahabat dan saudara bersatu..bila kembali kepada angka..cuma statistik yang menerima dan menolak (reject)..

Herbalife memberikan peluang berdua itu lebih baik..bila suami isteri berkongsi ID yang sama..diberi penghargaan (recognition) bersama..peluang cuti bersama..jadi segalanya bersama..sudahlah menggunakan produk kesihatan yang sihat..alhamdulillah diberikan kesihatan keluarga yang sihat dari segi kasih sayang..cinta..usaha..kerjasama..kesihatan..matlamat dan impian yang sihat..



semakin jelas dengan perspektif baru..semoga segalanya tabah kami usahakan..terima kasih tidak terhingga pada mereka yang terus menyokong dan tidak putus memberikan galakan untuk kami berdua maju ke depan..

yaaa..dugaan itu perkara biasa..aku terima dengan redha..bukan mudah bila sebelah kaki sudah dibenam dalam lumpur ujian dan dugaan..tapi bila ada tangan yang hulur membantu menarik kita keluar dari kesusahan..itulah kenikmatan bila berkumpulan..jangan pernah rasa kita berseorangan di dunia ini..pasti ada teman..

berdua itu lebih baik dari seorang...

Saturday, March 23, 2013

I quit dreaming!


Ya Allah..lancarkan segalanya bagi aku..tuturku..tindakan aku..tulisan aku..semuanya aku simpulkan di sini..melihat segala ujian dan dugaan..aku redha dengannya..sebaliknya..melihat segala peluang..ruang..masa..rezeki..nikmat..anugerah dan sebagainya..aku malu kerana masih lagi meminta dan terus meminta..tanpa jemu..berbanding sekelumit usaha aku..dengan segala ganjaran yang Engkau sediakan seawal dari aku terjaga dari tidur..Ya Allah pandulah hati aku...

melihat realiti semasa..setelah menilai segalanya..aku perlu bangun..bertukar angin dengan keselesaan yang ada..hidayah Allah kadang datang bak udara yang aku sedut..kadang bagai tali yang jatuh dari langit..ada masa bagai surat tawaran masuk universiti..begitulah gembiranya hati ini bila cahaya dari Allah datang menyuluh..terima kasih Allah..

datang menyapa kepala ini..semua jenis perancangan yang langsung aku tak pernah nampak..Allah bukakan seluas-luasnya mata hati supaya memandang jauh ke depan..semoga aku terus ke depan..sejarah itu hanya ruang peribadi yang menjadi tauladan..sedang masa depan masih kertas putih yang belum bertulis...ada ruang untuk melakar sesuatu yang baru..
.

time to move forward..and take necessary action!...

sempena dengan kehadiran matlamat baru..semoga apa yang dirancang..akan menjadi suatu titik tolak pada perubahan yang akan hadir..terima kasih kepada individu yang sangat membantu..memberi nasihat..inspirasi..malah terus menyokong dan mendorong tanpa jemu..semangat aku acap kali luntur bila bertemu mehnah..mereka-mereka inilah yang rapat..sedia hadir waktu susah dan senang..

ibunda dan ayahanda di kampung..walau jauh di mata..tetap bertakhta di hati..terima kasih atas doa dan harapan untuk anak ini mencuba yang terbaik dalam hidup dengan saki baki hidup yang ada..doa anakanda sentiasa anakanda panjatkan...

bonda dan ayah mertua..terus dengan sokongan padu..alhamdulillah beroleh insan seperti mereka yang menyokong dengan penuh hati segala usaha aku..


isteri tersayang..hadir sebagai permaisuri hati yang tidak jemu melayan segala kerenah suami..terima kasih tidak terhingga dengan segala sokongan yang diberi..tanpamu disisi..segalanya belum pasti..Nur Aleesya Zafeerah..anak abah yang paling abah rindui..semoga apa yang dinukil..bakal menjadi panduan di masa kamu..akhir zaman ini..menjadi medan abah dan mama berjuang membesarkan kamu..inilah harta berupa ilmu dan panduan yang mampu abah tinggalkan suatu masa nanti..coretan hidup..perjuangan kami segalanya dinukil dengan nilai positif..semoga bermanfaat suatu masa nanti..in sha Allah membesar bersama adik-adik suatu hari nanti..kita akan kongsi segala cerita abah di sini..

pada insan-insan lain..ruang ini terlalu kecil untuk aku ceritakan betapa besar kebaikan kalian semua..

jom kita ubah..semoga beroleh keberkatan untuk setiap kebaikan usaha yang kita tanamkan..

seperti status fb aku hari ni..

"..Done!..no more sleeping in my dreams..i wanna live my dreams.."


Friday, March 22, 2013

Kebaikan Apple - jika kita tahu...

Kita bukan tidak biasa dengan epal malah ia boleh didapati di mana saja, baik di pasar raya mahupun di pasar malam..harganya juga berpatutan..bergantung kepada jenis dan asal usul epal...manfaatnya kepada kesihatan memang diperakui ramai cuma ramai kurang mengambil tahu khasiat buah ini..


Jika masih kurang percaya, berikut beberapa fakta mengenai epal: 


*Penyelidik menyarankan epal sebaiknya dimakan begitu saja. Kajian membandingkan pengambilan epal dengan jus epal. Ia menunjukkan seseorang itu berasa kurang lapar dan lebih kepuasan apabila makan sebiji epal. 

Menariknya, makan epal bersaiz sederhana kira-kira 15 minit sebelum makan boleh mengurangkan pengambilan kalori sebanyak 15 peratus semasa makan..sebiji epal mengambil masa lebih lama untuk dikunyah manakala makan epal berserta kulitnya sekali menyumbang kepada pengambilan serat lebih tinggi..jus epal lazimnya kurang tekstur dan serat berbanding sebiji epal biasa..malah jus epal kebiasaannya ditambah dengan gula..sebaiknya makan epal dalam bentuknya yang semula jadi. 

*Mengekalkan paras gula dalam darah. 

Dipenuhi phytonutrien, epal boleh membantu untuk mengekalkan paras gula darah yang menyihatkan..buah ini kaya dengan antioksidan yang membantu untuk mengurangkan penyerapan glukosa..pectin di dalam epal pula membekalkan asid galacturonic kepada tubuh yang merendahkan keperluan badan terhadap insulin dan boleh membantu dalam menangani diabetes..wanita yang makan sekurang-kurangnya sebiji epal sehari didapati 28 peratus berkurangan untuk mengalami diabetes jenis 2 berbanding mereka yang tidak makan epal.. 


*Menggigit dan mengunyah epal boleh merangsang pengeluaran air liur di dalam mulut, mengurangkan kerosakan gigi dengan merendahkan tahap bakteria. 

*Saintis daripada Persatuan Penyelidikan Kanser Amerika mendapati pengambilan epal boleh membantu untuk mengurangkan risiko kanser pankreas sehingga 23 peratus..

Penyelidik di Universiti Cornell pula mendapati beberapa bahan triterpenoid yang diperoleh pada kulit epal mempunyai ciri menentang pertumbuhan sel kanser di dalam hati, usus dan payudara. 

*Mengurangkan kolesterol. 

Serat larut di dalam epal mengikat lemak di dalam usus seterusnya merendahkan paras kolesterol..banyak kajian mengaitkan pengambilan serat larut yang tinggi dengan pembentukan perlahan plak yang kaya dengan kolesterol di dalam salur darah. 



*Menangani cirit-birit dan sembelit. 

Sama ada anda asyik membuang air atau langsung tidak boleh ke tandas, serat di dalam epal boleh membantu. 

*Mengawal berat badan. 

Kebanyakan masalah kesihatan dikaitkan dengan lebihan berat badan termasuk penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi serta diabetes jenis 2..untuk menangani berat badan dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan, doktor menyarankan pemakanan yang kaya dengan serat..makanan yang kaya dengan serat boleh mengenyangkan tanpa mengambil terlau banyak kalori...kajian di Brazil menunjukkan wanita yang makan tiga biji epal atau pear setiap hari mengalami pengurangan berat badan semasa berdiet berbanding wanita yang langsung tidak makan buah ini semasa berdiet..

*Meningkatkan sistem ketahanan tubuh. 

Epal merah mengandungi antioksidan digelar quercetin..kajian terkini mendapati quercetin boleh membantu untuk merangsang sistem ketahanan tubuh terutama apabila kita dalam keadaan tertekan..

*Bagus untuk mata. 

Walaupun kajian sebelum ini agak bercanggah, kajian jangka panjang terkini menyarankan mereka yang mengamalkan pemakanan kaya dengan buah-buahan yang mengandungi antioksidan seperti epal, kurang berisiko 10 hingga 15 peratus untuk menghadapi masalah katarak. 

*Perlindungan tulang. 

Penyelidik di Perancis mendapati sejenis flavanoid yang digelar phloridzin yang hanya didapati di dalam epal boleh melindungi wanita menopaus daripada osteoporosis dan boleh membantu untuk meningkatkan kepadatan tulang..boron iaitu satu lagi kandungan epal, juga membantu untuk menguatkan tulang. 

*Ada kajian menunjukkan kanak-kanak mengalami asma yang minum jus epal setiap hari memberi kesan baik dalam menangani masalah kesihatan itu, berbanding kanak-kanak yang hanya minum jus epal sebulan sekali. 

Kajian lain mendapati kanak-kanak dilahirkan ibunya yang makan banyak epal semasa hamil, mempunyai kadar asma lebih rendah berbanding kanak-kanak dilahirkan ibu mereka yang kurang makan epal.

Inspirasi Jumaat - dengan izin Allah


alhamdulillah...

kembali bertamu di ruang jumaat..semoga bermanfaat..

semalam bertemu sahabat kepada isteri..yang bersemangat untuk turunkan beratnya kepada berat ideal yang diingini..semoga memberi inspirasi kepada yang terus mengikuti blog ini..makalah ini aku sesuaikan untuk memberi motivasi padanya dan yang lain..yang berusaha mencari sesuatu untuk dihadam sebagai peransang motivasi..- bukan pandai memberi inspirasi apa lagi motivasi..sekadar suka berkongsi..

sebagaimana aku selalu tekankan..untuk berubah kepada lebih baik..insan yang menerima hidayah Allah akan terkesan dengan niat dan azam yang membuak-buak..semangat itu yang menaikkan keazaman untuk mencapai sesuatu matlamat..bertemu dua individu berbeza..dengan latar diri yang tidak sama..jantina dan pemikiran pasti lain dari lain..walaupun berbeza..tapi semangat untuk menurunkan berat badan..kembali sihat..bertubuh tegap dan ramping..tetap menjadi impian..


jom kita pakat tukaq mindset yang dah berkurun kita letak dalam kepala..kena bersukan baru dapat turun berat..berlari..berjogging..main bola..futsal dan sebagainya..semua regime sukan dan senaman ini memang terbukti akan menyusutkan angka berat badan kita..tapi kalau dah bersukan bagai nak mati..makan pun sama naik bagai esok nak mati..pun tak akan datangkan hasil yang kita nak..

selama 5 tahun aku berjogging di Taman Rekreasi Bukit Kiara, TTDI..dah bermacam ragam orang aku jumpa..termasuklah ragam aku dengan budak-budak rumah bujang aku dulu..berjogging jangan sembang la..fit semua..sampai 3-4 round pusing tasik tu pejam mata jela..tapi lepas jogging bagai..roti canai dua keping dah wajib..nasi lemak kukus sambal lebih...lagi terbaik...teh tarik panjang satu..jadi di mana salah kita?..jogging dan bersukan sudah..diet pula lingkup..

jom tukar statistik ini..buktikan kita semua sihat dan kuat

lain hal pula dengan hamba Allah yang tak bersukan..bersukan dah la malas..kurusnya punya la semangat...berdiet tanpa nasi..berlapar dengan lauk semata..langsung puasa makan sahaja..pun masalah pada badan..setiapnya ada impilkasi yang memburukkan badan sendiri..jadi..bagaimana nak tangani fe'el yang macam-macam ni..kadang huru-hara jugak jadinya...hehehe

baiklah..senang cakap..dalam program menurunkan berat badan..ada tiga cara yang memang berjaya jika kita ikut dengan disiplin dan aturan diet yang seimbang...

1 - jaga pemakanan yang seimbang dan berkhasiat sahaja - menjaga kalori makanan harian.(shake dan F3 bersama TC)

2 - bersukan dengan lebih kerap dari aktiviti biasa - membakar lebih kalori badan (minum teamix dan shake)..F3 untuk membina otot dan tahan lapar..

3 - jaga makan dan diet dan bersukan dengan berkala - memastikan kalori yang diambil dan dibakar konsisten untuk tujuan mengekalkan berat badan dan mendapatkan berat yang ideal.. (contoh ambil shake dan bersukan)

tiga cara ini aku simpulkan dari semua pembacaan dan aktiviti yang telah aku lakukan..membaca dari pelbagai sudut pandangan..tulisan dalam majalah..blog segala bagai..hakikatnya..kekal sebagai bahan bacaan kalau kita tak pernah turun padang cuba semuanya..

disitulah kegagalan utama bila sebelum cuba..dah pangkah dengan pelbagai alasan..tak ada duit..jauh..kasut tak ada..kawan sibuk..masa tak cukup..kerja banyak..dengan alasan-alasan ini..mengagalkan misi..sedang orang lain yang tak beralasan dah melangkah usaha untuk turunkan sekilo ke 10 kilo..kita masih beralasan..

selalulah berdamping dengan diri sendiri..kenal siapa kita..baru kita tahu APA kita..

muhasabah diri paling berkesan (Tanyalah Ustaz Jumaat 22hb Mac 2013) ialah berdiri depan cermin..pandang wajah diri sendiri..dan bercakaplah dengan diri depan kita..malulah depan diri sendiri..kalau bangga..banggalah diri sendiri..pujilah diri demi mendapat keyakinan...jadi..kalau kita berbadan besar..pandang muka..badan dan kaki..pegang perut yang besar tu..tanya diri..sampai bila aku nak usung lemak ni..kalau rasa nak marah diri lagi..(ini cadangan sahajalah)..rasa kesian tak pada mayat kita..nak diusung dengan badan besar..nak susahkan orang memandikan kita..sebelum kita di alam roh..malu melihat jasad kita tengah mandi..kapan..disimpan di dalam kubur..adakah ini batang tubuh yang nak kita bagi manusia lain tatap sebagai pengajaran???...tanyalah iman kita seketika...

jadi apa tugas kita sebenarnya?..batang tubuh ini bukan setakat amanah Allah untuk dijaga dari dunia dan api neraka..kena jaga luar dalam..apa yang masuk kita punyalah jaga..berhati-hati jangan sampai masuk yang haram..semuanya halal belaka..jadi kenapa kita masih leka untuk memastikan yang masuk itu sihat-sihat belaka..dan tidak memudaratkan kita untuk beribadah..kesannya selalu pada ibadah kita..


bagi yang kurus..kekalkan badan supaya sihat..jauh dari penyakit dan selamat dari ujian makanan yang memukau mata dan rasa..

bagi yang membesar dan gemuk..jangan segan dan malu dengan diri sendiri..ingat..Allah sentiasa bangga dengan umatnya yang berusaha mencari dan mendekatinya..andai kata dengan menurunkan berat badan..adalah jihad kita untuk dekatkan diri kepada Allah..pasti Allah memudahkan segala urusan kita untuk capai segala hajat kita..niat tu penting..jangan nanti dah sihat..dah kurus..terus pula zalimi badan dengan perkara yang tidak sepatutnya..kembali ke tabiat lama..makan tak HENGAT dunia..hehehe

jadi..sempena Jumaat ini..jom kita berubah tabiat kepada yang lebih baik...

shakekan hari anda dengan sesuatu yang bermanfaat..

alhamdulillah..semoga Allah mudahkan urusan aku membantu memberikan inspirasi kepada mereka yang ingin kembali cergas dan sihat..jom kurus dan sihat!..dengan redha Allah..dengan izin Allah..itu yang terbaik!...


Thursday, March 14, 2013

Resepi Nasi Ayam

 

 salam Jumaat semua..

alhamdulillah..hujung minggu kembali bertandang..makanya..adalah aktiviti keluarga yang boleh kita buat..apa kata untuk yang berkeluarga..jom kita masuk dapur ramai-ramai..usung anak bini masak sesuatu untuk hidangan keluarga..itu lebih menarik..aktiviti di rumah..di dapur..banyak yang boleh kita capai..masak bersama isteri dan suami..boleh belajar perkara baru..resepi baru kalau ada..mesti pengalaman yang sangat menarik untuk dicuba!..

ok..sebab ada yang dah mula bertanya..jadi saya usahakan untuk post resepi nasi ayam versi saya sendiri..inilah resepi mudah untuk menikmati nasi ayam bersama keluarga..isteri saya sangat suka makan nasi ayam di rumah..katanya boleh makan ulam salad..tomato..dan timun yang luxurious sebab sendiri yang beli..dua tiga pokok pun boleh hadap..hehehe..kalau kat kedai..memang 2 keping jerlah..hehehe

baiklah..(minta maaf pada golongan ibu-ibu kalau resepi ni tak mencapai piawaian nasi ayam anda semua ya..)..resepi orang bujang aje nih..ok..joom mula!..

hasilnya begini sebelum dipotong..aku suka dada je..good protein portion!..huhu

PERINGATAN: Nasi ayam saya memerlukan perkara-perkara berikut:

Bahan untuk Ayam Goreng:

Madu - sebotol (speedmart 99 murah  RM7-8)
Ayam 1 ekor - dipotong 8
Serbuk lada hitam - 2 sudu (pada yg suka pedas-pedas black pepper macam saya)
Serbuk lada sulah - 2 sudu
sedikit garam

(bahan kisar)
Bawang putih - 5 ulas
Bawang merah - 7 ulas
Bawang Besar - 1 ulas (besar ye..kalau kecil 2-3 ulas)
Halia - 2 inci

Bahan untuk Nasi:

Beras - yang biasa guna Super, Jati , Faiza (ok), cap rambutan (kurang sedap)..
Rempah 3 sekawan - kena ada ni baru layan baunya
Planta atau marjerin - biasa satu sudu atau sesuai dengan bahan penumis (kena pandai agak)
Minyak masak - 2-3 sudu
Lemak ayam/ kulit ayam/ isi ayam - kalau taknak letak pun tak apa. (simpan masa cuci ayam)
Air rebusan ayam - yang ni dapat masa rebus ayam seekor tadi tu yer..hehehe

(bahan kisar)
Bawang Putih - 5 ulas
Bawang Merah - 7 ulas
Bawang Besar - 1 ulas (besar)
Halia - 1 inci

tekstur warna dan kepekatan macam di atas dah kira cantik la..make sure blend lumat-lumat yer..kang lekat halia ka..bawang ka celah gigi tu..huhu

Bahan untuk Sos:

(bahan kisar)
Tomato 2 biji
Cili Merah 5-7 biji
Cili Padi - 11-15 biji (bergantung pada kepedasan yang anda inginkan - saya suka pedas)
Bawang Besar - 1 ulas
Bawang Kecil - 5 ulas
Bawang Putih - 1 ulas
Halia - 1 inci
Air rebusan ayam

Sos Cili - biasa guna setengah botol kecil sos cili Life
Gula
Lemak atau kulit ayam

Bahan untuk Kicap:

Kicap cair
Kicap pekat
Sos tiram
Gula
Lemak ayam
Halia - 1 inci - (diketuk)
Bawang Putih - 2 ulas (diketuk)
Air rebusan ayam

ok dah siap semua bahan-bahannya..sekarang masa untuk masak..digalakkan cuci ayam bagi bersih dan masa cuci tu boleh lah belek-belek lemak dan kulit ayam yang berkenan untuk disimpan sebagai bahan tambahan dalam sos, kicap dan nasi nanti ye..senang sikit..selalu bagi resepi..mesti ada yang lupa nak simpan..tak ada masalah kalau tak nak letak...huhuhu..bukan wajib pun yer..

baiklah untuk ayam cara menyediakannya..

dada ayam yang dah siap di chop..isi ayam lembut dan sangat layan bila dimakan panas-panas..

Ayam:

1- Rebus ayam tadi dengan paras air menutup ayam sepenuhnya..rebus sampai agak lembut tapi jangan sampai empuk macam buat sup pula..sebab japgi nak menggoreng pula..

2 - Toskan ayam seketika..masuk dalam satu bekas (aku prefer plastik beg sebab mudah buatkan ayam diperap bersalut dengan bahan perap)..masukkan lada sulah dan lada hitam..lumur pada ayam..

3 - Tuangkan madu..lumur hingga kena seluruh bahagian ayam

4 - Tuangkan semua bahan yang diblend tadi..pastikan kena seluruh ayam..simpan dalam peti ais 20 minit-2 jam atau semalaman.

5 - Sediakan minyak panas..goreng dengan cara menimbuk minyak sambil menuang minyak panas ke bahagian atas ayam (kalau tak goreng deep fry)..alihkan ayam bila warna sudah bertukar perang  keemasan.

ni mama khadijah punya part..cer tengok..seekor ayam..kepak ada 6..cane tu??..hahaha

Nasi ayam:

sementara menunggu ayam diperap..seeloknya masa ini elok sediakan sos kicap dan nasi..basuh beras dan toskan.

1 - Masukkan planta dan minyak dalam periuk nasi..tunggu hinga planta cair dan tumiskan 3 sekawan tadi.

2 - Tumiskan lemak atau kulit ayam sekejap..kemudian tumis bahan yang telah siap diblender tadi yer..naik bau..dan warna..(kenalkan bau dan warnanya..hehehe)

3 - Masukkan beras..kacau seketika untuk pastikan beras telah sebati dengan bahan penumis tadi..

4 - Masukkan air rebusan air dan kacau..angkat masuk ke sarang periuk nasi..(jangan lupa tekan tau!)..lupa tekan kang..tak masak nasi tu..hohohoho

part ni biasa aku suka simpan buat chicken chop..tapi kalau memang nak buat nasi ayam..masuk sekali je

Sos:

yang ni lah sos paling senang aku pernah cipta..(selain dari sos ikan bakar..ayam bakar dan sos ayam percik..hehehe)..

1 - Blend semua bahan tadi kecuali sos dan kulit ayam.

2 - Masukkan ke dalam periuk..masukkan lemak ayam dan sos..masak sehingga mendidih dan pekat.

3 - Siap!..rasa dan sesuaikan dengan rasa manis pedas..

Kicap:

ni lagi la paling senang..orang bujang mesti suka punya..

1 - satukan semua..air rebusan ayam.. bahan kicap dan sos dalam blender..blend sampai warna sekata..

2 - masukkan dalam periuk..masukkan lemak ayam..halia dan bawang putih..perasakan dengan sedikit gula..

3 - mendidih..sesuaikan rasa masin-masin manis.

4 - siap!..dah sedia untuk makan dah...

alhamdulillah..selamat mencuba ya..(pada yang minta resepi ni)...semoga bermanfaat perkongsian kali ini..

alhamdulillah..belum pernah aku tulis resepi ni..pertama kali tulis panjang lebar macam ni..hoho..sup pasninya semua tahu macamana nak buatkan..jadi aku skip ajelah menu tu..mudah dan perlukan sedikit time management..sebab bahan-bahan ni kalau dah siap sedia..boleh siapkan semua serentak..kemahiran di dapur sangat penting..kang tunggu aje orang kat depan..bila nasi nak siap yer..

untuk sedikit tips..sebelum tutup suis nasi..aku selalunya potong panjang 2-3 batang daun sup dan daun bawang..letak atas nasi..biar baunya harum sikit..

tips lain..sos tadi sangat layan kalau dimakan dengan kerang rebus..sebab itulah aku suka masak lebih sosnya..dan beli kerang dalam 2kg untuk kami rebus dan makan bersama famili..(mak mertua aku selalu order kerang rebus kalau aku masak nasi ayam ni..huhuhu)..

lain-lain persoalan..boleh diajukan..tak ada masalah berkongsi teknik dan kaedah lain yang tidak seperti di atas..ini hanyalah salah satu cara dari banyak cara menyediakan nasi ayam..aku mahirkan diri dengan teknik ni masa zaman bebujang dulu..improvise setiap kali masak..dan akhirnya mendapat kaedah ini..jadi bukanlah pakar sangat..mungkin ada kurang lagi apa yang patut..kalau nak tambah bagi sedap..cadangkan aje..open minded dengan komen dan cadangan..

selamat mencuba yaaaa..

ma'as salamah bittaufiq wannajah!...




Wednesday, March 13, 2013

How did I Do It?..


alhamdulillah..

begitulah yang mampu diluahkan..setelah lama membelek dan terus membelek..gambar ini akan terus kekal menjadi bukti peribadi bahawa perubahan itu perlu..dan usaha ke arah perubahan yang menentukan hasil niat untuk berubah itu..Allahu akbar..

jika disingkap kembali tempoh sebulan..bukan satu tempoh yang penuh perit dan jerih..bukan soal mengikat perut atau berlapar semahunya semata mahu dapatkan hasil badan yang begini..sebaliknya fokus dan disiplin yang menentukan kejayaan diet..matlamat dan komitmen perlu disatukan..bila ada visi..pasti misi membantu kita berada di laluan yang betul..semuanya manis belaka dalam tempoh sebulan itu..alhamdulillah...


gambar yang mencetus niat dan azam untuk menurunkan berat..betapa bulatnya aku!..huhu..

on track??..jawapannya tidak..

aku juga terbabas satu dua hari..disiplin itu kaitannya dengan iman kita bagi muslim (ada non muslim yang membaca blog ini)..kita yakin dengan nafsu..kita perlu yakin dengan hidayah..dua hari lepas..aku terdengar..(terdengar sepintas lalu)..dari corong radio kuliah zohor dari seorang ustaz..katanya..apa juga kebaikan yang kita buat hari ini..adalah dari lintasan taufiq dan hidayah Allah..maknanya mudah..untuk menggerak kita ke masjid bersolat jemaah adalah dari hidayah Allah..menggerakkan hati untuk solat di awal waktu juga hidayah Allah..membaca al-quran sekalipun ada hidayah Allah..yang meletakkan kita dipersimpangan iman adalah nafsu..mudah dan ringkas..

begitulah aku sesuaikan dengan konsep nak menguruskan soal makan dan menjaga berat badan..

nafsu pasti ada sebagai musuh utama...maka kawallah nafsu makan dan kuatkan iman untuk mencapai matlamat berat yang ada..ujian bagi yang sudah nekad..adalah memastikan terus disiplin mengikut apa yang kita rancang..bukan sampai mati kita tak boleh sentuh ayam goreng..masak lomak cili padi..ikan siakap tiga rasa..apatah lagi nasi arab kambing kabsah..hehehe..hanya sementara..itu sahaja..dah boleh berat yang ideal..kawal pemakanan..jangan kembali ke tabiat makan yang membuatkan kita gemuk..kaji dan bedah siasat punca kita gemuk..tackle isu itu..dah move forward kepada yang lebih baik..

baiklah..

macam mana aku buat..susah!..(pada mulanya)..akhirnya mudah belaka..

fahamkan konsep kalori dalam makanan..cari maklmuat dan kaji pemakanan harian..ketahui apa itu lemak..mudah kerja!

tune mindset kepada mode sedia!..langkah pertama..pastikan niat yang betul..hajat yang jelas..azam yang kuat untuk berubah..berdoa supaya Allah mudahkan segala urusan..dan solat hajat untuk mendapatkan kekuatan..



kedua..pastikan ada sokongan yang kuat dari ahli keluarga..kawan..sahabat handai..rakan pejabat dan sebagainya..inilah yang pentingnya komitmen dan motivasi..paling penting bagi yang berkeluarga..suami..pastikan isteri faham dengan tujuan dan matlamat kita..huraikan panjang lebar alasan kukuh kenapa perlunya turunkan berat badan..berdua itu lebih baik..jika isteri atau suami approve..sesuaikan dengan  komitmen keluarga..INGAT!..isteri atau suami juga perlukan makan dan minum..nafkah anak isteri perlu diutamakan..modal yang kita keluar itu..sehabis baik niat sebagai jihad nafsu..kalau masuk WLC..lagi la kena kuat azam..nak menang nombor 1..atau TOP 5 sebagai bukti kita bersungguh-sungguh nak berusaha dan bukti pada isteri atau suami..!..ok..clear??..(bujang senang sikit nak handle..hehehe)

start now package

ketiga..of course beli produk yang sesuai dengan badan dan tekak..jangan paksa telan apa yang tak boleh..pilih supplement yang terbaik dan memaksimakan semua proses..formula aku mudah..10% bantuan dari produk dan coach..(pilih jurulatih yang mudah dan senang untuk berkomunikasi..senang untuk tujuan soal jawab dan masalah sepanjang program..)..lagi 90% adalah keyakinan diri + komitmen + disiplin + iman yang kuat + diri sendiri + diri sendiri + diri sendiri + diri sendiri ....semuanya soal diri sendiri...sebab sendiri yang makan..sendiri yang kawal..sendiri tau apa yang kita usahakan untuk diri sendiri..andai malas..malas la hasilnya...macam orang puasa..dia saja yang tau apa dia makan..mencilok ker..terbuka ke..hehehehe..



empat..menu harian..ini penting..sebab jangan berlapar..kerana badan perlukan nutrisi fizikal juga..YA..Shake lengkap segalanya..tapi itu hanya liquid base..protein dari ikan..ayam dan daging perlu..nasi sebagai karbohidrat..ada yang tak boleh tak makan nasi dalam sehari..ambil dengan portion yang sesuai..(sebesar penumbuk)..kalau dah lapar..makan banyak ulam dan sayur..sebagai serat tambahan..paling penting selepas makanan..adalah minuman..katakan tidak untuk air bergula selama tempoh ini..(usahakan dulu..kalau tak mampu..kawal jangan lebih satu gelas)..

pentingnya air..kerana airlah mekanisma penting untuk melancarkan proses pembuangan lemak dari badan melalui urin..minum sebanyak mungkin sesuai dengan kandungan air dalam badan..aku sendiri dua minggu pertama minum 6 liter air sehari sebagaimana dinasihatkan coach..2 minggu terakhir top up kepada 8 liter air..untuk mempercepatkan kadar penurunan berat..sebab makin dekat dengan hari timbangan!..

sebagai contoh..

contoh:

Nasi (besar penumbuk ) + ayam/ikan/daging (kukus/grill/panggang/sup) 2 ketul + sayur ulam yang banyak

1 kali sehari sama ada sarapan, makan tengah hari atau malam..

AIR sehari 6 ke 10 liter..

itu sahaja..

yang kelima..pastikan doa yang tidak putus..Allah sahaja yang mampu tolong kita diluar batasan manusia..selebihnya usaha kita sebagai manusia ada hadnya..tawakkal sepenuh hati bila usaha dah sehabis baik kita buat..INGAT!..hasil dari Allah..bukan dari manusia..manusia ni sifatnya melihat hasil..yaaa..aku dah kurus..itulah HASILnya..cuba tanya aku..apa usaha sebulan yang aku buat..memang macam-macam..dari senaman..bodyweight..disiplin...jihad nafsu...semua itu membantu mempercepatkan proses..

maka..usahalah yang terbaik!

man jadda wajada..

apa-apa soalan..PM saja di facebook!

ma'as salamah bittaufiq wannajah!