Friday, March 22, 2013

Kebaikan Apple - jika kita tahu...

Kita bukan tidak biasa dengan epal malah ia boleh didapati di mana saja, baik di pasar raya mahupun di pasar malam..harganya juga berpatutan..bergantung kepada jenis dan asal usul epal...manfaatnya kepada kesihatan memang diperakui ramai cuma ramai kurang mengambil tahu khasiat buah ini..


Jika masih kurang percaya, berikut beberapa fakta mengenai epal: 


*Penyelidik menyarankan epal sebaiknya dimakan begitu saja. Kajian membandingkan pengambilan epal dengan jus epal. Ia menunjukkan seseorang itu berasa kurang lapar dan lebih kepuasan apabila makan sebiji epal. 

Menariknya, makan epal bersaiz sederhana kira-kira 15 minit sebelum makan boleh mengurangkan pengambilan kalori sebanyak 15 peratus semasa makan..sebiji epal mengambil masa lebih lama untuk dikunyah manakala makan epal berserta kulitnya sekali menyumbang kepada pengambilan serat lebih tinggi..jus epal lazimnya kurang tekstur dan serat berbanding sebiji epal biasa..malah jus epal kebiasaannya ditambah dengan gula..sebaiknya makan epal dalam bentuknya yang semula jadi. 

*Mengekalkan paras gula dalam darah. 

Dipenuhi phytonutrien, epal boleh membantu untuk mengekalkan paras gula darah yang menyihatkan..buah ini kaya dengan antioksidan yang membantu untuk mengurangkan penyerapan glukosa..pectin di dalam epal pula membekalkan asid galacturonic kepada tubuh yang merendahkan keperluan badan terhadap insulin dan boleh membantu dalam menangani diabetes..wanita yang makan sekurang-kurangnya sebiji epal sehari didapati 28 peratus berkurangan untuk mengalami diabetes jenis 2 berbanding mereka yang tidak makan epal.. 


*Menggigit dan mengunyah epal boleh merangsang pengeluaran air liur di dalam mulut, mengurangkan kerosakan gigi dengan merendahkan tahap bakteria. 

*Saintis daripada Persatuan Penyelidikan Kanser Amerika mendapati pengambilan epal boleh membantu untuk mengurangkan risiko kanser pankreas sehingga 23 peratus..

Penyelidik di Universiti Cornell pula mendapati beberapa bahan triterpenoid yang diperoleh pada kulit epal mempunyai ciri menentang pertumbuhan sel kanser di dalam hati, usus dan payudara. 

*Mengurangkan kolesterol. 

Serat larut di dalam epal mengikat lemak di dalam usus seterusnya merendahkan paras kolesterol..banyak kajian mengaitkan pengambilan serat larut yang tinggi dengan pembentukan perlahan plak yang kaya dengan kolesterol di dalam salur darah. 



*Menangani cirit-birit dan sembelit. 

Sama ada anda asyik membuang air atau langsung tidak boleh ke tandas, serat di dalam epal boleh membantu. 

*Mengawal berat badan. 

Kebanyakan masalah kesihatan dikaitkan dengan lebihan berat badan termasuk penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi serta diabetes jenis 2..untuk menangani berat badan dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan, doktor menyarankan pemakanan yang kaya dengan serat..makanan yang kaya dengan serat boleh mengenyangkan tanpa mengambil terlau banyak kalori...kajian di Brazil menunjukkan wanita yang makan tiga biji epal atau pear setiap hari mengalami pengurangan berat badan semasa berdiet berbanding wanita yang langsung tidak makan buah ini semasa berdiet..

*Meningkatkan sistem ketahanan tubuh. 

Epal merah mengandungi antioksidan digelar quercetin..kajian terkini mendapati quercetin boleh membantu untuk merangsang sistem ketahanan tubuh terutama apabila kita dalam keadaan tertekan..

*Bagus untuk mata. 

Walaupun kajian sebelum ini agak bercanggah, kajian jangka panjang terkini menyarankan mereka yang mengamalkan pemakanan kaya dengan buah-buahan yang mengandungi antioksidan seperti epal, kurang berisiko 10 hingga 15 peratus untuk menghadapi masalah katarak. 

*Perlindungan tulang. 

Penyelidik di Perancis mendapati sejenis flavanoid yang digelar phloridzin yang hanya didapati di dalam epal boleh melindungi wanita menopaus daripada osteoporosis dan boleh membantu untuk meningkatkan kepadatan tulang..boron iaitu satu lagi kandungan epal, juga membantu untuk menguatkan tulang. 

*Ada kajian menunjukkan kanak-kanak mengalami asma yang minum jus epal setiap hari memberi kesan baik dalam menangani masalah kesihatan itu, berbanding kanak-kanak yang hanya minum jus epal sebulan sekali. 

Kajian lain mendapati kanak-kanak dilahirkan ibunya yang makan banyak epal semasa hamil, mempunyai kadar asma lebih rendah berbanding kanak-kanak dilahirkan ibu mereka yang kurang makan epal.

Inspirasi Jumaat - dengan izin Allah


alhamdulillah...

kembali bertamu di ruang jumaat..semoga bermanfaat..

semalam bertemu sahabat kepada isteri..yang bersemangat untuk turunkan beratnya kepada berat ideal yang diingini..semoga memberi inspirasi kepada yang terus mengikuti blog ini..makalah ini aku sesuaikan untuk memberi motivasi padanya dan yang lain..yang berusaha mencari sesuatu untuk dihadam sebagai peransang motivasi..- bukan pandai memberi inspirasi apa lagi motivasi..sekadar suka berkongsi..

sebagaimana aku selalu tekankan..untuk berubah kepada lebih baik..insan yang menerima hidayah Allah akan terkesan dengan niat dan azam yang membuak-buak..semangat itu yang menaikkan keazaman untuk mencapai sesuatu matlamat..bertemu dua individu berbeza..dengan latar diri yang tidak sama..jantina dan pemikiran pasti lain dari lain..walaupun berbeza..tapi semangat untuk menurunkan berat badan..kembali sihat..bertubuh tegap dan ramping..tetap menjadi impian..


jom kita pakat tukaq mindset yang dah berkurun kita letak dalam kepala..kena bersukan baru dapat turun berat..berlari..berjogging..main bola..futsal dan sebagainya..semua regime sukan dan senaman ini memang terbukti akan menyusutkan angka berat badan kita..tapi kalau dah bersukan bagai nak mati..makan pun sama naik bagai esok nak mati..pun tak akan datangkan hasil yang kita nak..

selama 5 tahun aku berjogging di Taman Rekreasi Bukit Kiara, TTDI..dah bermacam ragam orang aku jumpa..termasuklah ragam aku dengan budak-budak rumah bujang aku dulu..berjogging jangan sembang la..fit semua..sampai 3-4 round pusing tasik tu pejam mata jela..tapi lepas jogging bagai..roti canai dua keping dah wajib..nasi lemak kukus sambal lebih...lagi terbaik...teh tarik panjang satu..jadi di mana salah kita?..jogging dan bersukan sudah..diet pula lingkup..

jom tukar statistik ini..buktikan kita semua sihat dan kuat

lain hal pula dengan hamba Allah yang tak bersukan..bersukan dah la malas..kurusnya punya la semangat...berdiet tanpa nasi..berlapar dengan lauk semata..langsung puasa makan sahaja..pun masalah pada badan..setiapnya ada impilkasi yang memburukkan badan sendiri..jadi..bagaimana nak tangani fe'el yang macam-macam ni..kadang huru-hara jugak jadinya...hehehe

baiklah..senang cakap..dalam program menurunkan berat badan..ada tiga cara yang memang berjaya jika kita ikut dengan disiplin dan aturan diet yang seimbang...

1 - jaga pemakanan yang seimbang dan berkhasiat sahaja - menjaga kalori makanan harian.(shake dan F3 bersama TC)

2 - bersukan dengan lebih kerap dari aktiviti biasa - membakar lebih kalori badan (minum teamix dan shake)..F3 untuk membina otot dan tahan lapar..

3 - jaga makan dan diet dan bersukan dengan berkala - memastikan kalori yang diambil dan dibakar konsisten untuk tujuan mengekalkan berat badan dan mendapatkan berat yang ideal.. (contoh ambil shake dan bersukan)

tiga cara ini aku simpulkan dari semua pembacaan dan aktiviti yang telah aku lakukan..membaca dari pelbagai sudut pandangan..tulisan dalam majalah..blog segala bagai..hakikatnya..kekal sebagai bahan bacaan kalau kita tak pernah turun padang cuba semuanya..

disitulah kegagalan utama bila sebelum cuba..dah pangkah dengan pelbagai alasan..tak ada duit..jauh..kasut tak ada..kawan sibuk..masa tak cukup..kerja banyak..dengan alasan-alasan ini..mengagalkan misi..sedang orang lain yang tak beralasan dah melangkah usaha untuk turunkan sekilo ke 10 kilo..kita masih beralasan..

selalulah berdamping dengan diri sendiri..kenal siapa kita..baru kita tahu APA kita..

muhasabah diri paling berkesan (Tanyalah Ustaz Jumaat 22hb Mac 2013) ialah berdiri depan cermin..pandang wajah diri sendiri..dan bercakaplah dengan diri depan kita..malulah depan diri sendiri..kalau bangga..banggalah diri sendiri..pujilah diri demi mendapat keyakinan...jadi..kalau kita berbadan besar..pandang muka..badan dan kaki..pegang perut yang besar tu..tanya diri..sampai bila aku nak usung lemak ni..kalau rasa nak marah diri lagi..(ini cadangan sahajalah)..rasa kesian tak pada mayat kita..nak diusung dengan badan besar..nak susahkan orang memandikan kita..sebelum kita di alam roh..malu melihat jasad kita tengah mandi..kapan..disimpan di dalam kubur..adakah ini batang tubuh yang nak kita bagi manusia lain tatap sebagai pengajaran???...tanyalah iman kita seketika...

jadi apa tugas kita sebenarnya?..batang tubuh ini bukan setakat amanah Allah untuk dijaga dari dunia dan api neraka..kena jaga luar dalam..apa yang masuk kita punyalah jaga..berhati-hati jangan sampai masuk yang haram..semuanya halal belaka..jadi kenapa kita masih leka untuk memastikan yang masuk itu sihat-sihat belaka..dan tidak memudaratkan kita untuk beribadah..kesannya selalu pada ibadah kita..


bagi yang kurus..kekalkan badan supaya sihat..jauh dari penyakit dan selamat dari ujian makanan yang memukau mata dan rasa..

bagi yang membesar dan gemuk..jangan segan dan malu dengan diri sendiri..ingat..Allah sentiasa bangga dengan umatnya yang berusaha mencari dan mendekatinya..andai kata dengan menurunkan berat badan..adalah jihad kita untuk dekatkan diri kepada Allah..pasti Allah memudahkan segala urusan kita untuk capai segala hajat kita..niat tu penting..jangan nanti dah sihat..dah kurus..terus pula zalimi badan dengan perkara yang tidak sepatutnya..kembali ke tabiat lama..makan tak HENGAT dunia..hehehe

jadi..sempena Jumaat ini..jom kita berubah tabiat kepada yang lebih baik...

shakekan hari anda dengan sesuatu yang bermanfaat..

alhamdulillah..semoga Allah mudahkan urusan aku membantu memberikan inspirasi kepada mereka yang ingin kembali cergas dan sihat..jom kurus dan sihat!..dengan redha Allah..dengan izin Allah..itu yang terbaik!...


Thursday, March 14, 2013

Resepi Nasi Ayam

 

 salam Jumaat semua..

alhamdulillah..hujung minggu kembali bertandang..makanya..adalah aktiviti keluarga yang boleh kita buat..apa kata untuk yang berkeluarga..jom kita masuk dapur ramai-ramai..usung anak bini masak sesuatu untuk hidangan keluarga..itu lebih menarik..aktiviti di rumah..di dapur..banyak yang boleh kita capai..masak bersama isteri dan suami..boleh belajar perkara baru..resepi baru kalau ada..mesti pengalaman yang sangat menarik untuk dicuba!..

ok..sebab ada yang dah mula bertanya..jadi saya usahakan untuk post resepi nasi ayam versi saya sendiri..inilah resepi mudah untuk menikmati nasi ayam bersama keluarga..isteri saya sangat suka makan nasi ayam di rumah..katanya boleh makan ulam salad..tomato..dan timun yang luxurious sebab sendiri yang beli..dua tiga pokok pun boleh hadap..hehehe..kalau kat kedai..memang 2 keping jerlah..hehehe

baiklah..(minta maaf pada golongan ibu-ibu kalau resepi ni tak mencapai piawaian nasi ayam anda semua ya..)..resepi orang bujang aje nih..ok..joom mula!..

hasilnya begini sebelum dipotong..aku suka dada je..good protein portion!..huhu

PERINGATAN: Nasi ayam saya memerlukan perkara-perkara berikut:

Bahan untuk Ayam Goreng:

Madu - sebotol (speedmart 99 murah  RM7-8)
Ayam 1 ekor - dipotong 8
Serbuk lada hitam - 2 sudu (pada yg suka pedas-pedas black pepper macam saya)
Serbuk lada sulah - 2 sudu
sedikit garam

(bahan kisar)
Bawang putih - 5 ulas
Bawang merah - 7 ulas
Bawang Besar - 1 ulas (besar ye..kalau kecil 2-3 ulas)
Halia - 2 inci

Bahan untuk Nasi:

Beras - yang biasa guna Super, Jati , Faiza (ok), cap rambutan (kurang sedap)..
Rempah 3 sekawan - kena ada ni baru layan baunya
Planta atau marjerin - biasa satu sudu atau sesuai dengan bahan penumis (kena pandai agak)
Minyak masak - 2-3 sudu
Lemak ayam/ kulit ayam/ isi ayam - kalau taknak letak pun tak apa. (simpan masa cuci ayam)
Air rebusan ayam - yang ni dapat masa rebus ayam seekor tadi tu yer..hehehe

(bahan kisar)
Bawang Putih - 5 ulas
Bawang Merah - 7 ulas
Bawang Besar - 1 ulas (besar)
Halia - 1 inci

tekstur warna dan kepekatan macam di atas dah kira cantik la..make sure blend lumat-lumat yer..kang lekat halia ka..bawang ka celah gigi tu..huhu

Bahan untuk Sos:

(bahan kisar)
Tomato 2 biji
Cili Merah 5-7 biji
Cili Padi - 11-15 biji (bergantung pada kepedasan yang anda inginkan - saya suka pedas)
Bawang Besar - 1 ulas
Bawang Kecil - 5 ulas
Bawang Putih - 1 ulas
Halia - 1 inci
Air rebusan ayam

Sos Cili - biasa guna setengah botol kecil sos cili Life
Gula
Lemak atau kulit ayam

Bahan untuk Kicap:

Kicap cair
Kicap pekat
Sos tiram
Gula
Lemak ayam
Halia - 1 inci - (diketuk)
Bawang Putih - 2 ulas (diketuk)
Air rebusan ayam

ok dah siap semua bahan-bahannya..sekarang masa untuk masak..digalakkan cuci ayam bagi bersih dan masa cuci tu boleh lah belek-belek lemak dan kulit ayam yang berkenan untuk disimpan sebagai bahan tambahan dalam sos, kicap dan nasi nanti ye..senang sikit..selalu bagi resepi..mesti ada yang lupa nak simpan..tak ada masalah kalau tak nak letak...huhuhu..bukan wajib pun yer..

baiklah untuk ayam cara menyediakannya..

dada ayam yang dah siap di chop..isi ayam lembut dan sangat layan bila dimakan panas-panas..

Ayam:

1- Rebus ayam tadi dengan paras air menutup ayam sepenuhnya..rebus sampai agak lembut tapi jangan sampai empuk macam buat sup pula..sebab japgi nak menggoreng pula..

2 - Toskan ayam seketika..masuk dalam satu bekas (aku prefer plastik beg sebab mudah buatkan ayam diperap bersalut dengan bahan perap)..masukkan lada sulah dan lada hitam..lumur pada ayam..

3 - Tuangkan madu..lumur hingga kena seluruh bahagian ayam

4 - Tuangkan semua bahan yang diblend tadi..pastikan kena seluruh ayam..simpan dalam peti ais 20 minit-2 jam atau semalaman.

5 - Sediakan minyak panas..goreng dengan cara menimbuk minyak sambil menuang minyak panas ke bahagian atas ayam (kalau tak goreng deep fry)..alihkan ayam bila warna sudah bertukar perang  keemasan.

ni mama khadijah punya part..cer tengok..seekor ayam..kepak ada 6..cane tu??..hahaha

Nasi ayam:

sementara menunggu ayam diperap..seeloknya masa ini elok sediakan sos kicap dan nasi..basuh beras dan toskan.

1 - Masukkan planta dan minyak dalam periuk nasi..tunggu hinga planta cair dan tumiskan 3 sekawan tadi.

2 - Tumiskan lemak atau kulit ayam sekejap..kemudian tumis bahan yang telah siap diblender tadi yer..naik bau..dan warna..(kenalkan bau dan warnanya..hehehe)

3 - Masukkan beras..kacau seketika untuk pastikan beras telah sebati dengan bahan penumis tadi..

4 - Masukkan air rebusan air dan kacau..angkat masuk ke sarang periuk nasi..(jangan lupa tekan tau!)..lupa tekan kang..tak masak nasi tu..hohohoho

part ni biasa aku suka simpan buat chicken chop..tapi kalau memang nak buat nasi ayam..masuk sekali je

Sos:

yang ni lah sos paling senang aku pernah cipta..(selain dari sos ikan bakar..ayam bakar dan sos ayam percik..hehehe)..

1 - Blend semua bahan tadi kecuali sos dan kulit ayam.

2 - Masukkan ke dalam periuk..masukkan lemak ayam dan sos..masak sehingga mendidih dan pekat.

3 - Siap!..rasa dan sesuaikan dengan rasa manis pedas..

Kicap:

ni lagi la paling senang..orang bujang mesti suka punya..

1 - satukan semua..air rebusan ayam.. bahan kicap dan sos dalam blender..blend sampai warna sekata..

2 - masukkan dalam periuk..masukkan lemak ayam..halia dan bawang putih..perasakan dengan sedikit gula..

3 - mendidih..sesuaikan rasa masin-masin manis.

4 - siap!..dah sedia untuk makan dah...

alhamdulillah..selamat mencuba ya..(pada yang minta resepi ni)...semoga bermanfaat perkongsian kali ini..

alhamdulillah..belum pernah aku tulis resepi ni..pertama kali tulis panjang lebar macam ni..hoho..sup pasninya semua tahu macamana nak buatkan..jadi aku skip ajelah menu tu..mudah dan perlukan sedikit time management..sebab bahan-bahan ni kalau dah siap sedia..boleh siapkan semua serentak..kemahiran di dapur sangat penting..kang tunggu aje orang kat depan..bila nasi nak siap yer..

untuk sedikit tips..sebelum tutup suis nasi..aku selalunya potong panjang 2-3 batang daun sup dan daun bawang..letak atas nasi..biar baunya harum sikit..

tips lain..sos tadi sangat layan kalau dimakan dengan kerang rebus..sebab itulah aku suka masak lebih sosnya..dan beli kerang dalam 2kg untuk kami rebus dan makan bersama famili..(mak mertua aku selalu order kerang rebus kalau aku masak nasi ayam ni..huhuhu)..

lain-lain persoalan..boleh diajukan..tak ada masalah berkongsi teknik dan kaedah lain yang tidak seperti di atas..ini hanyalah salah satu cara dari banyak cara menyediakan nasi ayam..aku mahirkan diri dengan teknik ni masa zaman bebujang dulu..improvise setiap kali masak..dan akhirnya mendapat kaedah ini..jadi bukanlah pakar sangat..mungkin ada kurang lagi apa yang patut..kalau nak tambah bagi sedap..cadangkan aje..open minded dengan komen dan cadangan..

selamat mencuba yaaaa..

ma'as salamah bittaufiq wannajah!...




Wednesday, March 13, 2013

How did I Do It?..


alhamdulillah..

begitulah yang mampu diluahkan..setelah lama membelek dan terus membelek..gambar ini akan terus kekal menjadi bukti peribadi bahawa perubahan itu perlu..dan usaha ke arah perubahan yang menentukan hasil niat untuk berubah itu..Allahu akbar..

jika disingkap kembali tempoh sebulan..bukan satu tempoh yang penuh perit dan jerih..bukan soal mengikat perut atau berlapar semahunya semata mahu dapatkan hasil badan yang begini..sebaliknya fokus dan disiplin yang menentukan kejayaan diet..matlamat dan komitmen perlu disatukan..bila ada visi..pasti misi membantu kita berada di laluan yang betul..semuanya manis belaka dalam tempoh sebulan itu..alhamdulillah...


gambar yang mencetus niat dan azam untuk menurunkan berat..betapa bulatnya aku!..huhu..

on track??..jawapannya tidak..

aku juga terbabas satu dua hari..disiplin itu kaitannya dengan iman kita bagi muslim (ada non muslim yang membaca blog ini)..kita yakin dengan nafsu..kita perlu yakin dengan hidayah..dua hari lepas..aku terdengar..(terdengar sepintas lalu)..dari corong radio kuliah zohor dari seorang ustaz..katanya..apa juga kebaikan yang kita buat hari ini..adalah dari lintasan taufiq dan hidayah Allah..maknanya mudah..untuk menggerak kita ke masjid bersolat jemaah adalah dari hidayah Allah..menggerakkan hati untuk solat di awal waktu juga hidayah Allah..membaca al-quran sekalipun ada hidayah Allah..yang meletakkan kita dipersimpangan iman adalah nafsu..mudah dan ringkas..

begitulah aku sesuaikan dengan konsep nak menguruskan soal makan dan menjaga berat badan..

nafsu pasti ada sebagai musuh utama...maka kawallah nafsu makan dan kuatkan iman untuk mencapai matlamat berat yang ada..ujian bagi yang sudah nekad..adalah memastikan terus disiplin mengikut apa yang kita rancang..bukan sampai mati kita tak boleh sentuh ayam goreng..masak lomak cili padi..ikan siakap tiga rasa..apatah lagi nasi arab kambing kabsah..hehehe..hanya sementara..itu sahaja..dah boleh berat yang ideal..kawal pemakanan..jangan kembali ke tabiat makan yang membuatkan kita gemuk..kaji dan bedah siasat punca kita gemuk..tackle isu itu..dah move forward kepada yang lebih baik..

baiklah..

macam mana aku buat..susah!..(pada mulanya)..akhirnya mudah belaka..

fahamkan konsep kalori dalam makanan..cari maklmuat dan kaji pemakanan harian..ketahui apa itu lemak..mudah kerja!

tune mindset kepada mode sedia!..langkah pertama..pastikan niat yang betul..hajat yang jelas..azam yang kuat untuk berubah..berdoa supaya Allah mudahkan segala urusan..dan solat hajat untuk mendapatkan kekuatan..



kedua..pastikan ada sokongan yang kuat dari ahli keluarga..kawan..sahabat handai..rakan pejabat dan sebagainya..inilah yang pentingnya komitmen dan motivasi..paling penting bagi yang berkeluarga..suami..pastikan isteri faham dengan tujuan dan matlamat kita..huraikan panjang lebar alasan kukuh kenapa perlunya turunkan berat badan..berdua itu lebih baik..jika isteri atau suami approve..sesuaikan dengan  komitmen keluarga..INGAT!..isteri atau suami juga perlukan makan dan minum..nafkah anak isteri perlu diutamakan..modal yang kita keluar itu..sehabis baik niat sebagai jihad nafsu..kalau masuk WLC..lagi la kena kuat azam..nak menang nombor 1..atau TOP 5 sebagai bukti kita bersungguh-sungguh nak berusaha dan bukti pada isteri atau suami..!..ok..clear??..(bujang senang sikit nak handle..hehehe)

start now package

ketiga..of course beli produk yang sesuai dengan badan dan tekak..jangan paksa telan apa yang tak boleh..pilih supplement yang terbaik dan memaksimakan semua proses..formula aku mudah..10% bantuan dari produk dan coach..(pilih jurulatih yang mudah dan senang untuk berkomunikasi..senang untuk tujuan soal jawab dan masalah sepanjang program..)..lagi 90% adalah keyakinan diri + komitmen + disiplin + iman yang kuat + diri sendiri + diri sendiri + diri sendiri + diri sendiri ....semuanya soal diri sendiri...sebab sendiri yang makan..sendiri yang kawal..sendiri tau apa yang kita usahakan untuk diri sendiri..andai malas..malas la hasilnya...macam orang puasa..dia saja yang tau apa dia makan..mencilok ker..terbuka ke..hehehehe..



empat..menu harian..ini penting..sebab jangan berlapar..kerana badan perlukan nutrisi fizikal juga..YA..Shake lengkap segalanya..tapi itu hanya liquid base..protein dari ikan..ayam dan daging perlu..nasi sebagai karbohidrat..ada yang tak boleh tak makan nasi dalam sehari..ambil dengan portion yang sesuai..(sebesar penumbuk)..kalau dah lapar..makan banyak ulam dan sayur..sebagai serat tambahan..paling penting selepas makanan..adalah minuman..katakan tidak untuk air bergula selama tempoh ini..(usahakan dulu..kalau tak mampu..kawal jangan lebih satu gelas)..

pentingnya air..kerana airlah mekanisma penting untuk melancarkan proses pembuangan lemak dari badan melalui urin..minum sebanyak mungkin sesuai dengan kandungan air dalam badan..aku sendiri dua minggu pertama minum 6 liter air sehari sebagaimana dinasihatkan coach..2 minggu terakhir top up kepada 8 liter air..untuk mempercepatkan kadar penurunan berat..sebab makin dekat dengan hari timbangan!..

sebagai contoh..

contoh:

Nasi (besar penumbuk ) + ayam/ikan/daging (kukus/grill/panggang/sup) 2 ketul + sayur ulam yang banyak

1 kali sehari sama ada sarapan, makan tengah hari atau malam..

AIR sehari 6 ke 10 liter..

itu sahaja..

yang kelima..pastikan doa yang tidak putus..Allah sahaja yang mampu tolong kita diluar batasan manusia..selebihnya usaha kita sebagai manusia ada hadnya..tawakkal sepenuh hati bila usaha dah sehabis baik kita buat..INGAT!..hasil dari Allah..bukan dari manusia..manusia ni sifatnya melihat hasil..yaaa..aku dah kurus..itulah HASILnya..cuba tanya aku..apa usaha sebulan yang aku buat..memang macam-macam..dari senaman..bodyweight..disiplin...jihad nafsu...semua itu membantu mempercepatkan proses..

maka..usahalah yang terbaik!

man jadda wajada..

apa-apa soalan..PM saja di facebook!

ma'as salamah bittaufiq wannajah!

Thursday, March 7, 2013

sup sayur - versi bergambar


alhamdulillah...

kali ini sekadar berkongsi sup sayur dengan versi yg lain sahaja..masih gunakan konsep yang sama..cuma sedikit info bergambar..mungkin membantu mereka yang bujang untuk belajar mengenal masak cara pantas..huhuhu..cuba-cubalah...

membuat sup sayur semudah 1 dan 2..tak perlu 3 lagi dah..hehehehe

pastikan bahan ini sebagai bahan pertama yang masuk untuk tujuan menumis yer..clearkan..sebab aritu dah bagi resepi penuh..cuma kali saja nak detailakan bahan-bahan dengan bergambar..harap memudahkan golongan bujang (macam aku ni) nak belajar memasak..tambah pulak yang baru nak belajar berdietkan..menu ni lagi la mudah..senang pun senang..murah pun murah..kalau nak masukkan ayam pun lepas menumis bawang..boleh la letak..kalau prefer rebus..lepas masukkan air..baru masukkan ayam..ada beza ya di situ..(iyaaaaaaa..begitu)...

 variasikan sayuran keras dan lembut..pasti sup terasa sangat sedap dengan pelbagai tekstur rasa dan warna..nyum-nyum..

dah selesai menumis dan masukkan air semua..pastikan sayuran segar dah siap dipotong..jangan la dah masuk air..time tu baru nak memotong..kesian dah ubi semua dah siap masuk..sayur-sayur yang sesuai dimasukkan dulu untuk tujuan melembutkan batang tu..sesuai la masuk lepas air mula nak mendidih..jadi tak la ia terlalu lama direbus dan nutrisi dan khasiatnya terpelihara hendaknya..haaaaa begitu...

semua dah pandai kan..kenal belaka sayur apa..sebagai contoh..boleh guna sayuran lain dari yang difotokan..ehehehe

sayuran yang berwarna-warna dan hijau sangat penting untuk badan..setiapnya memiliki khasiat dan nutrisi tersendiri untuk badan..jadi manfaatkan resepi ini untuk variasikan warna..anak-anak (pada yang dah kawen tu)..mesti teruja nak merasa..macam cik zafeerah saya..suka sangat dengan karot dan ubi kentang..bunga kobis pun dia dah suka makan..alhamdulillah..cik zafeerah tak memilih sangat dalam bab makan-makan ni..apa yang ada depan mata..selagi dia boleh kunyah..dia sebat aje..sekarang..dah dua hari belajar minum shake..alhamdulillah..dia suka juga..senang abah nak suruh minum shake nanti..elok untuk diet harian kami sekeluarga..

sedapnya kalau ada depan mata sekarang yer..huhu

alhamdulillah..siap sudah sup sayur versi terkini dan mewah dengan sayuran berkhasiat ini..untuk mendapat hasil yang lebih baik dan menawan..pastikan sayur yang mudah lecur..masuk akhir sekali dan terus tutup apinya..tak perlulah nak kacau-kacau bagai..masuk jer..terus tutup api..biarlah dia masak dan layu dengan kuah yang panas-panas tu..gunakan konsep masak sayur 40 saat..untk pastikan khasiatnya terpelihara..lagi-lagi sayuran hijau..lagi cepat masak...

baiklah!..

dah siap..makanlah ya..jangan buang masa..makan panas-panas..lagi bertambah sedap..huhuhu

selamat mencuba ya...

ma'as salamah!

Monday, March 4, 2013

makan-makan


alhamdulillah...

masih berpeluang untuk mencari ruang masa yang ada..menghadap apa yang mampu dikongsi..kebetulan ada sesuatu yang boleh dijamah di ruang ini..sekadar berkongsi rasa suka dengan kejayaan pada Sabtu lepas..WLC betul-betul membuka semangat baru dalam menjaga perihal diet..

baiklah!..

entry kali ini sekadar mahu berkongsi apa yang berlaku hari berikutnya..usai demam WLC kebah..saat lepas subuh mak mertua aku dah panggil berbincang di ruang tamu..demam baru menyinggah..jadi hajat mahu diadakan kenduri ditangguh sempena menyambut kepulangan mereka dari Umrah Jumaat lepas..so..mak suruh aku masak apa yang senang dan mudah..cadang aku mudah je..buat bihun ke..kuew teow ke..mee sup jela..(kan berpantang lagi..huhuhu)..aku cadangkan buat aje sup periuk besar..untuk kami sekeluarga jamah tengah hari..kita buat aje nasi ayam..buat lebih..sesapa yang datang..kalau ade rezeki..ada la nasi ayamnya..(hahaha..)

haa..ni part aku suka..dada ayam..siap chop..hidang..sedia untuk dimakan...

maka bergeraklah aku dan puan besar ke pasar besar Old Town mencari ayam 3-4 ekor..dan bahan-bahan segala bagai..balik ke rumah..tak ada masa rehatnya..terus cuci ayam..siapkan bahan-bahan sup dan nasi ayam semua..selesai perap ayam..(aku suka masak nasi ayam hainanese..)..huhu..so siap semua..masa untuk menjamah..maka tersedialah gambar-gambar berikut untuk tujuan menjamu mata..hehehe..

ni part dada sebelum di'chop'..panas-panas lagi ni..baru angkat..tengah tos lagi..

 ni peha ayam sebelum di'chop'..camnilah rupanya kalau order ayam potong empat..hehehe

 wings ni..puan besar yang order..tengok berapa banyak kepak dalam pinggan tu..huhuuhuu

 sos nasi ayam..home made..resepi tersendiri..kalau dah buat sos ni..kena beli kerang sekali..sebab sedap cicah kerang dengan sos nih..huhuhu...

itu jelah nak kongsi pun..masakan orang bujang..ini jerlah yer..hehehehe....susah betul kalau dah masak macam-macam..macam entry aku sebelum ini..hari ahad adalah hari untuk hadiahkan badan sesuatu yang kita idamkan..dah puas bertungkus lumus berdiet..hari ni..makan besar apa salahnya..yang penting..kawal kalori intake!..itu sahaja rahsianya!..selamat mencuba!

ma'as salamah!..

Sunday, March 3, 2013

alhamdulillah..WLC!

 
2 Mac 2013 sejarah tercipta...peratusan berat badan yang dapat diturun dalam tempoh 1 bulan 7.57% tewas pada tempat pertama dengan peratus 7.58%..huhuhu...0.01% peratus membezakan kami..alhamdulillah!

Alhamdulillah...

masih diberi ruang dan peluang untuk berkongsi seribu satu rasa!...

TERUJA!..hanya itu yang mampu terungkap dengan perkataan..alhamdulillah..rezeki dari Allah..berkat hasil usaha..disiplin..berserta doa dan tawakkal..segalanya telah Allah berikan ganjaran..walaupun di tempat kedua..masih lagi mampu senyum dengan hasil yang Allah beri..berat badan turun dengan kadar yang singkat dan yang penting sihat!..

alhamdulillah...ceria dengan kejayaan yang ditelah ditempa..satu lagi pengalaman hidup yang sangat bermakna!

sejurus dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua 'Weight Loss Challenge Rnd 15'..tidak ada yang mampu aku ungkapkan..kecuali bersyukur kepada Allah dengan nikmat kejayaan ini..walaupun tewas dengan 0.01% dengan penyandang tempat pertama..langsung tidak ada rasa terkilan dan kecewa..sebaliknya sangat berbangga dengan pencapaian ini..selama sebulan bertungkus lumus menjaga pemakanan dan menguruskan diet untuk memastikan badan sihat dan kekal sihat..kini segalanya telah diberi ganjaran oleh Allah..pengiktirafan itu satu ganjaran yang sangat bermakna..

semua peserta Top 5 yang dijemput ke depan untuk menerima mock up cheque dan hadiah wang tunai..(aik..ade gambar zafeerah kat bucu..huhu..sempat lagi dia berlari..)

dari 26 peserta yang mengambil bahagian..hanya Top 5 sahaja yang diumumkan..seawal kedatangan untuk proses timbangan..aku dah semangat nak tahu berapa peratus yang aku capai..(ala-ala Biggest Loser gemuruhnya..haaa gitu)..hehehe..ditambah dengan sokongan anak dan isteri aku pun semangat ke tempat timbangan..selepas mengetahui berapa kilogram berat terkini..aku cuma berserah dan tawakkal pada Allah..langsung tidak mengharap untuk berada dalam lingkungan Top 5..selepas diumumkan tempat ke-5..kepala mula berkira-kira peratus aku..ada harapan juga untuk menang..semuanya terjawab bila tempat ke-2 diumumkan..alhamdulillah..walaupun terasa kurang yakin diawalnya..pengumuman di tempat kedua sudah memuaskan hati aku..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...

huhu..semangat jugak aku buat sharing..bukan selalu dapat mic..hehehe

Top 3 dijemput membuat sesi perkongsian..alhamdulillah..segala apa yang mampu aku kongsikan..rasanya semua aku ucapkan..masih ada riak-riak gembira dan teruja..matlamat untuk mengajak orang lain kembali mendapat berat ideal..kembali kurus..kembali sihat makin menebal..alhamdulillah..dengan kejayaan ini..aku dah pun layak untuk menjadi coach untuk orang lain..in sha Allah..lepas ni..adik ipar aku akan masuk sebagai calon peserta..aku sendiri akan usahakan yang terbaik untuk memastikan rekod kejayaannya lebih baik dari pencapaian aku..

bersama coach..mesti la amik gambar kenangan...

aku ingin rakamkan penghargaan aku pada coach aku Mr. Musab..yang banyak memberikan galakan dan panduan pemakanan..setiap apa yang aku post di Facebook..SMS..email..semuanya aku update dan semua dipantau oleh beliau..alhamdulillah..sedikit sebanyak membantu aku on track dan disiplin..kuncinya disiplin..dan yakin dengan apa yang coach ajar..sebab..coach pun asalnya berbadan besar..dan berjaya turunkan berat badan..Musab sendiri telah turun berat 18kg dalam tempoh 4 bulan..jadi semua ini berdasarkan pengalaman yang telah terbukti..alhamdulillah..

Nutricity Melawati..segalanya bermula di sini.. 3/2 sign up program WLC 2/3 mendapat keputusan tempat ke-2..alhamdulillah...

huhuhuhu..maaflah yer..banyak pula gambar pegang cheque..nak buat macam mana..teruja punya pasal..bukan senang nak menang pertandingan..bila dah menang sekali sekala..nak juga posing bagai..in sha Allah..lepas ni..aku akan cuba sedaya upaya berkongsi apa yang termampu..sudah pasang niat untuk membantu..turunkan ilmu yang ada..bukan susah..sekadar perlukan sedikit pengorbanan awal untuk menikmati pengalaman yang sangat manis sepanjang tempoh kita berkorban..nikmat makan dan minum itu boleh diganti..dicari..dibeli..nikmat kesihatan..kat mana nak cari ganti??..nak dibeli..??..jadi..disitulah segalanya bermula..sementara masih ada tenaga untuk menjalani kehidupan yang sihat..apa salahnya membuat satu keputusan yang mengubah hidup dan masa depan...

Zafeerah pun teruja dengan kemenangan abahnya..sampai berlari ke pentas nak bergambar..comel anak abah ni..terima kasih sebab sokong abah yer!

alhamdulillah..walaupun sofa kesayangan zafeerah semakin mengecil..pasti akan ada gantinya..anak tidak selamanya hidupnya didukung..sementara masa bermanja ini..masih boleh dimanjai dengan pelbagai cara..sihatkan tubuh badan..maka pastinya dapat menjalani aktiviti yang sangat sihat bersama anak dan isteri..itu yang lebih penting!...

ALHAMDULILLAH..

ma'as salamah...